Iklan

Bank diingat agar tidak terlalu cepat tolak pinjaman perumahan

Bernard Saw6 years ago26th Apr 2019Berita
Sandakan10
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap bank sekiranya didapati mengenakan garis panduan yang tidak perlu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 April, 2019 
Iklan

PIHAK bank telah diberi peringatan berhubung garis panduan ketat yang dikenakan kepada pembei rumah untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya didapati mengenakan garis panduan yang tidak perlu.

“Kami mahu bank mula berikan pinjaman.

“Ekonomi tidak sepatutnya terjejas dengan garis panduan ketat. Ini sudah banyak kali diulang oleh perdana menteri, bukan sahaja kepada pembeli rumah, tetapi juga kepada perniagaan secara umumnya.

“Saya mahu ingatkan kepada pihak bank mengenai tanggungjawab mereka, jangan halang usaha kerajaan untuk memastikan pembeli rumah mendapat pinjaman,” katanya ketika berucap pada Ekspo Hartanah Malaysia 2019 di ibu negara hari ini.

Tambahnya, pembeli rumah yang tidak diberikan pinjaman dari bank tempatan boleh membuat aduan kepada kementeriannya untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, kementeriannya akan merujuk aduan itu kepada Bank Negara dan bank terbabut perlu menjelaskan atas dasar apa penolakan permohonan pinjaman itu.

“Sekiranya kamu sukar mendapatkan pinjaman, rujuk kepada Kementerian Kewangan. Kami akan semak dengan Bank Negara dan bank terbabit, mengapa kamu tidak diberikan pinjaman.

“Kami mahu bank menggalakkan pinjaman..Jika bank enggan berikan pinjaman, kami akan periksa dengan bank,” katanya.

“Sekiranya bank benarkan, kami akan lepaskan.

“Jika tidak, bukan sahaja kami akan minta bank berikan pinjaman, kita akan pertimbangkan juga tindakan mengapa mereka enggan berikan pinjaman,” tambahnya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai pembeli rumah mengambil peluang pelbagai tawaran yang ada menerusi Kempen Pemilikan Rumah - satu insiatif bersama kementerian dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda). – 26 April, 2019 
 

Iklan
Iklan