Vivian mahu kekang belia tinggalkan Sabah
Iklan
SANDAKAN menjadi perkampungan orang-orang tua kerana ramai golongan belianya tidak dapat mencari kerja di kawasan setempat dan mengambil keputusan untuk berpindah, kata calon DAP untuk pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.
Vivian Wong berkata kebanyakan belia Sabah mengeluh bahawa semakin tinggi pendidikan mereka, semakin sukar untuk mencari pekerjaan.
“Jadi di mana beliau kita? Mereka tidak dapat mencari pekerjaan di Sabah. Tidak cukup kerja di sini,” katanya di Sandakan pada malam Sabtu.
Wong, anak keempat mendiang bekas Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong, berkata beliau amat bimbang dengan penghijrahan belia Sandakan yang mencari kerja di tempat lain.
Kerusi Parlimen Sandakan kosong susulan kematian bapanya pada 28 Mac lalu. PRK itu akan menyaksikan pertembungan lima penjuru pada 11 Mei depan.
Vivian dijangka berdepan cabaran sengit dari bekas Ahli Parlimen Batu Sapi Linda Tsen Thau Lin yang mewakili Parti Bersatu Sabah.
Vivian berkata beliau mempunyai perancangan besar untuk menghalan penghijrahan belia Sandakan dari daerah itu dan berharap dapat mengusulkan rancangan itu jika beliau dipilih.
Calon itu merancang untuk membangunkan potensi pelancongan Sandakan sebagai cara mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk belia Sandakan.
Sementara itu, ibu Vivian, Chong Mee Fook menjelaskan caranya untuk mengatasi kesedihannya dengan menunaikan permintaan terakhir mendian suaminya.
Katanya Wong berjanji banyak perkara kepada rakyat termasuk menziarahi Rumah Orang-Orang Tua Sri Pritchard di Kinaput, Papar.
Katanya beliau bersetuju untuk mengadakan lawatan tersebut selepas menerima jemputan dari DAP.
“Jadi kami pergi menziarah dan membawa hadiah berupa angpau dari saya dan Wong untuk diberikan kepada penghuni rumah itu.
“Mereka merupakan 86 warga emas dan ketika saya memberikan angpau, mereka membalas dengan senyuman indah.
“Ia merupakan kepuasan buat saya kerana mampu menunaikan hajat mendiang suami saya,” kata Chong ketika berucap malam tadi.
Chong turut meminta hadirin agar mengundi Vivian supaya anak perempuannya itu boleh merealisasikan segala rancangan mendiang suaminya. – 28 April, 2019.