Najib belanja RM2.5 juta untuk risikan politik, kata saksi
Iklan
SEORANG saksi memberitahu mahkamah Najib Razak membayarnya sebanyak RM2.5 juta bagi mendapatkan risikan politik dan mewujudkan sokongan untuk kerajaan Barisan Nasional semasa memberi keterangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri itu hari ini.
Habibul Rahman Kadir Shah, 62, yang menyifatkan dirinya sebagai konsultan perniagaan dan penasihat korporat, berkata beliau dibayar jumlah itu oleh Najib bagi menjalankan kerja “meredakan ancaman politik”.
Ditanya oleh pendakwa di mahkamah hari ini, Habibul Rahman berkata beliau menerima cek sebanyak RM2.5 juta pada 2 Februari 2015 bagi kerja yang juga digambarkannya sebagai mengumpulkan maklumat dan membina “political goodwill”.
Mengenai kenapa beliau dibayar sebanyak oleh Najib, Habibul memberitahu pendakwa: “Kerana itu demi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).”
Beliau berkata menerima cek secara peribadi di kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 2015. – 30 April, 2019.
Berita penuh di sini