Najib lulus permintaan pinjaman RM4 bilion untuk SRC International
Iklan
BEKAS perdana menteri Najib Razak menandatangani surat meluluskan permintaan pinjaman RM4 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk anak syarikatnya, SRC International, kata seorang pegawai kanan KWAP hari ini.
Najib menandatangani surat itu, bertarikh 3 Jun 2011, meluluskan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP kepada SRC International, kata Amirul Imran Ahmat, yang merupakan penolong naib presiden bagi pendapatan tetap dana pencen itu pada 2011 hingga 2014.
1MDB pada masa itu dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, yang diketuai oleh Najib.
“Pada surat tersebut terdapat nota bertulis tangan serta tanda tangan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib, mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (KWAP) (Azian Mohd Noh), menyatakan ‘Bersetuju dengan cadangan ini’,” kata Amirul.
“Saya dapat mengecam tulisan dan tanda tangannya kerana saya biasa melihatnya kerana telah lama bekerja di KWAP dan saya yakin ini adalah tulisan tangan dan tandatangan Datuk Seri Najib.” – 2 Mei, 2019.
MENYUSUL