Geran pelaburan RM3 bilion untuk SRC International bukan skim 'bodoh'
Iklan
PERMOHONAN geran RM3 bilion untuk memulakan SRC International untuk melabur dalam beberapa sumber seperti arang batu dan besi berpunca daripada cadangan yang serius dan bukannya idea “bodoh”, kata peguam Najib Razak kepada mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
Semasa soal balas bekas pegawai kanan Unit Perancang Ekonomi (EPU) hari ini, peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah mendesak saksi bahawa cadangan tersebut berdasarkan alasan yang sah.
Shafee merujuk kepada surat permohonan pinjaman bertarikh 24 Ogos 2010 daripada Pengarah Urusan 1Malaysia Development Bhd Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang ditujukan kepada Najib dan Kementerian Kewangan.
Wang itu akan digunakan untuk menceburi perniagaan arang batu, minyak dan gas, keluli dan aluminium serta uranium.
Kamariah Noruddin, yang merupakan timbalan ketua pengarah (makro) di EPU berkata unit itu ditugaskan dengan perancangan ekonomi, yang menjadi rujukan kementerian untuk membangun dan melaksanakan program.
Shafee berkata surat tersebut merupakan perkara serius yang melibatkan beberapa sumber strategik.
“Cadangan ini dianggap serius ... terdapat perbincangan dalaman untuk mempertimbangkan cadangan itu.
“Cadangan ini daripada 1MDB bukannya skim bodoh. Ini merupakan cadangan yang serius,” kata Shafee. – 2 Mei, 2019.
Berita penuh di sini