Iklan

Pinjaman RM4 bilion KWAP kepada SRC International langgar peraturan, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago6th May 2019Berita
Najib razak  201900506 afif 16
Pegawai kanan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) Amirul Imran Ahmat ketika memberi keterangan berkata beliau ditekan untuk mempercepatkan permohonan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion pada Mac 2012. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Mei, 2019.
Iklan

PINJAMAN RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC International diluluskan walaupun melanggar peraturan yang kebiasaannya akan menyebabkan pinjaman ditolak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai kanan KWAP Amirul Imran Ahmat ketika memberi keterangan berkata beliau ditekan untuk mempercepatkan permohonan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion pada Mac 2012.

SRC International sebelum ini menerima pinjaman RM2 bilion pada 26 Ogos 2011 melalui empat tranche masing-masing berjumlah RM500 juta.

“Ada banyak tekanan dari pihak pengurusan supaya permohonan dipercepatkan,” kata Amirul ketika memberi keterangan pada perbicaraan SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini.

Amirul menambah beliau juga dikehendaki menghadiri pelbagai mesyuarat pada awal 2012.

Menurutnya, permohonan pinjaman itu kemudian diluluskan walaupun ia melanggar Perenggan 5 polisi pelaburan dan garis panduan KWAP bagi kelulusan pinjaman RM2 bilion kepada SRC International pada 28 Mac 2012.

“Ini kerana pinjaman kepada SRC International melebihi ekuiti pemegang saham, iaitu SRC, yang hanya mempunyai ekuiti bernilai RM1 juta. Bagaimanapun, pinjaman RM4 bilion itu diluluskan.”

Amirul berkata terdapat juga kesalahan di bawah Perenggan 2 polisi pelaburan dan peraturan KWAP di mana jumlah pelaburan KWAP dalam bentuk pinjaman tidak boleh melebihi 10% daripada peruntukan untuk pelaburan tetap domestik.

Tambah beliau, pinjaman kepada SRC International tidak memerlukan panel pelaburan KWAP untuk membuat pengecualian kerana dijamin kerajaan.

Saksi itu juga berkata wang yang dipinjam daripada KWAP itu hanya boleh digunakan untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman, jika tidak ia akan mengakibatkan “event of default”. – 6 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan