Pengurus bank sahkan RM42 juta masuk ke akaun Najib
Iklan
SEJUMLAH RM42 juta dipindahkan dari anak syarikat SRC International, Gandingan Mentari ke akaun Najib Razak antara penghujung 2014 dan awal 2015, kata seorang pengurus bank kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Noorhayati Mohd Yunus yang merupakan pengurus cawangan (perkhidmatan) di Affin Bank cawangan The Curve Petaling Jaya memberi keterangan bahawa sejumlah RM50 juta dipindahkan dari Gandingan Mentari kepada cabang tanggungjawab korporat SRC International Ihsan Perdana dalam tempoh tersebut.
Baki RM8 juta yang tidak dimasukkan ke akaun Najib didebitkan kepada Mail Ventures Sdn Bhd pada 29 Disember, kata Noorhayati menyokong keterangan minggu lalu oleh pegawai Affin Bank Rosaiah Mohamed Rosli mengenai transaksi berkenaan.
Norhayati berkata, RM40 juta telah dipindahkan dari Gandingan Mentari ke akaun semasa Ihsan Perdana 106180001108 pada 24 Disember 2014.
Dua hari kemudian, pada 26 Disember 2014 RM27 juta dipindahkan dari Ihsan Perdana ke akaun AmBank peribadi Najib 211-202-201188-0.
Noorhayati memberi keterangan merujuk kepada cetakan pengesahan kredit tunggal sebagai bukti.
Pada hari sama pada 26 Disember 2014, RM5 juta dipindahkan dari Ishan Perdana ke akaun AmBank peribadi Najib yang lain (211-202-201190-6).
Pada 5 dan 6 Februari 2015 dua transaksi bernilai RM5 juta dibuat dari Gandingan Mentari ke akaun semasa Ihsan Perdana yang berakhir dengan 108.
Sehari kemudian, sejumlah RM10 juta dipindahkan dari Ihsan Perdana kepada akaun peribadi Najib yang berakhir dengan 880.
Noorhayati memberi keterangan bahawa setiap transaksi telah disediakan dan disahkan oleh seorang juruwang, pejabat sokongan pelanggan dan dirinya sendiri sebagai pengurus bank.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Ihsan Perdana pernah dikenali sebagai Gem Horizon Sdn Bhd [911851-M].
Akaun semasa Gem Horizon dengan Affin Bank 101180011300 dibuka pada 5 Ogos 2011.
Noorhayati berkata, akaun itu masih aktif. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.