Iklan

Gobind bidas PAS kerana nafi skandal rasuah dan salah guna kuasa Umno

Jason Santos5 years ago7th May 2019Berita
Pakatan harapan gobind singh 021017 tmiseth 07
Timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo turut membidas ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak yang enggan mengundi pada pindaan perlembagaan untuk kembalikan hak Sabah dan Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mei, 2019
Iklan

TIMBALAN pengerusi DAP Gobind Singh Deo membidas PAS kerana hanya ‘membutakan mata’ terhadap kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa Umno, selepas mereka bekerjasama. 

Beliau berkata, parti itu kini bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah pada pilihan raya kecil Sandakan, yang berkemungkinan akan membuatkan masyarakat di Sandakan mengundi ahli Parlimen yang tidak bangkit melawan jenayah ini. 

“Walaupun terdapat bukti yang dibawa ke mahkamah menerusi laporan harian media berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad, apa yang mereka (PAS) katakan mengenainya? Semuanya politik. Mereka kata isu ini adalah salah. Adakah ini politik?

“Kita cuba wujudkan kerajaan yang bersih. Tiada seorang pun ahli parlimen kita yang ditangkap kerana rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Kita juga diminta mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tetapi apa yang PAS buat di Parlimen? Adakah mereka melawan rasuah, melawan penyalahgunaan kuasa?” katanya pada ceramah DAP di Taman Sentosa di Sandakan malam ini. 

Turut hadir pada ceramah berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi Pakatan Harapan Sabah Christina Liew, Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang, timbalan pengerusi DAP Sabah Frankie Phoon dan calon pilihan raya kecil parti itu Vivian Chong.

Gobind yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata rejim sebelum ini juga menyebabkan negara menghadapi beban hutang tinggi, yang cuba dikurangkan oleh Pakatan Harapan dan menyelamatkan negara daripada masalah kewangan.

“Mereka kata, sekiranya kami tidak dapat selesaikan masalah dalam 100 hari atau dalam masa setahun, ia bermakna kami gagal.

“Umno telah berkuasa selama 61 tahun dan PH mengambil alih kerajaan bermasalah dan kini cuba membersihkan masalah yang dibuat.”

Gobind turut membidas ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak yang enggan mengundi pada pindaan perlembagaan untuk kembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata ahli Parlimen Sarawak enggan menyokong rang undang-undang itu walaupun perdana menteri bersetuju untuk meneliti tuntutan mereka untuk penambahan lebih banyak fasal.

“Apa masalahnya? Mereka perlu menyokong terlebih dahulu. Kita luluskan rang undang-undang terlebih dahulu,“kata Gobind, sambil menambah bahawa rang undang-undang pindaan perlembagaan merupakan petunjuk bahawa kerajaan PH serius dalam merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 dan mengembalikan hak Sabah. – 6 Mei, 2019

Iklan
Iklan