Pegawai KWAP nafi cadang pinjaman RM4 bilion kepada SRC International
Iklan
SEORANG pegawai kanan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) menegaskan beliau tidak pernah mengesyorkan panel pelaburan meluluskan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC International.
Bekas naib presiden KWAP Amirul Imran Ahmat juga menegaskan pinjaman diberikan kepada SRC International merupakan kesalahan kerana melanggar dasar dan garis panduan pelaburan KWAP.
Pinjaman itu terlalu besar berbanding ekuiti SRC International iaitu RM1 juta dan pinjaman melebihi 10% daripada semua pelaburan tetap dalam negeri.
Semasa pemeriksaan balas, peguam bela Harvinderjit Singh bertanya sama ada panel itu meminta pengecualian dalam kesalahan yang dilakukan untuk meminta pinjaman.
A: Ya, kami meminta pengecualian.
H: Itu bermakna tidak ada kesalahan?
A: Tidak. Saya tetap dengan kenyataan asal saya.
H: Ia dikecualikan. Jadi itu bukan satu kesalahan.
A: Saya tidak bersetuju. Ia masih menjadi kesalahan. Ia dikecualikan.
SRC International menerima pinjaman RM2 bilion pada 26 Ogos 2011 melalui empat bahagian bernilai RM500 juta.
Semasa diteliti oleh pihak pendakwaan semalam, Amirul memberitahu mahkamah bahawa beliau berada dalam tertekan untuk mempercepat permohonan pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion pada 28 Mac 2012 walaupun melanggar polisi pelaburan KWAP.
Beliau berkata, pinjaman kepada SRC International melebihi ekuiti pemegang saham yang hanya mempunyai ekuiti bernilai RM1 juta tetapi permohonan untuk pinjaman berjumlah RM4 bilion sudah diluluskan.
Amirul memberitahu mahkamah bahawa terdapat pelanggaran di bawah perenggan 2 di mana jumlah pelaburan KWAP dalam bentuk pinjaman tidak dibenarkan melebihi 10% daripada peruntukan untuk pelaburan tetap dalam negeri.
Hari ini Amirul menegaskan beliau tidak pernah mencadangkan kepada panel pelaburan untuk membuat pinjaman RM2 bilion yang kedua kepada SRC International. – 6 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.