Iklan

Muda tak bermakna tiada pengalaman, kata Hannah Yeoh mengenai calon Sandakan

Jason Santos5 years ago7th May 2019Berita
Hannah yeoh ttdi market 01
Naib pengerusi Wanita DAP Hannah Yeoh berkata Vivian Wong mendapat pendedahan untuk aktif berpolitik bermula ketika beliau berumur lebih muda iaitu pada usia 23 tahun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mei, 2019
Iklan

CALON DAP bagi pilihan raya kecil Sandakan, Vivian Wong, mendapat latihan politik menerusi mendiang bapanya, yang merupakan penyandang kerusi parlimen berkenaan, dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi ahli parlimen bagi kerusi itu, kata pemimpin sayap Wanita parti berkenaan hari ini.

Naib pengerusi Wanita DAP Hannah Yeoh berkata, Vivian yang berusia 30 tahun juga bekerja di bawah bapanya, Stephen Wong sebagai pegawai khas ketika bapanya megang jawatan menteri kebajikan dan kesihatan Sabah selama setahun.

Sebelum itu, Vivian mengikuti bapanya menjalankan tugas politik sejak berusia 23 tahun. Wog juga pernah memegang jawatan pengerusi DAP Sabah.

“Saya sendiri mula terlibat dalam politik ketika berumur 29 tahun, manakala Vivian sudah ada pengalaman tujuh tahun di bawah didikan bapanya,” katanya kepada pemberita di Sandakan hari ini.

 

Beliau berkata, ini bermakna Wong mendapat pendedahan untuk aktif berpolitik bermula ketika beliau berumur lebih muda iaitu pada usia 23 tahun.

Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab soalan mengenai pandangan bahawa Wong dilihat tidak berpengalaman.

Bapanya meninggal dunia pada 28 Mac akibat serangan jantung, menyebabkan pilihan raya kecil itu diadakan Sabtu ini. DAP mencalonkan Vivian untuk mempertahankan kerusi Pakatan Harapan.

Tambah Yeoh, golongan belia tiada masalah kerana DAP mempunyai sistem meletakkan mentor kepada pemimpin parti, termasuk wanita, dan sejak 2008, parti itu telah melahirkan ramai pemimpin muda.

Tambah Yeoh, DAP mempunyai 41 ahli Parlimen dan 108 Adun di seluruh negara yang mana 20% daripadanya adalah wanita dan 30% adalah berusia di bawah 30 tahun.

Daripada wakil rakyat dipilih berusia bawah 30 tahun kata Yeoh, 40% daripadanya adalah wanita. – 7 Mei, 2019

Iklan
Iklan