Populariti melonjak, Vivian dijangka menang Sabtu ini, kata Anwar
Iklan
SEPANJANG kempen Pakatan Harapan di Sandakan, Vivian Wong dijangka boleh memenangi pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata, populariti Vivian melonjak sejak hari penamaan calon pada 27 April.
“Saya baru tiba di sini hari ini dan melawat beberapa kawasan penempatan Melayu dan Cina.
“Di beberapa bahagian, Vivian lebih popular daripada saya. Orang lebih akrab dengannya berbanding saya selepas seminggu berkempen.
“Saya juga bertemu dengan pemimpin PH di negeri ini dan mereka nampak bersemangat,” katanya.
Vivian dan pengerusi PH Sabah Christina Liew turut hadir.
Anwar dalam lawatan sehari ke pantai timur Sabah dijangka berucap di sebuah ceramah di Bandar Perdana, Mile 4 jam 9 malam ini.
Sebelum itu, perdana menteri akan melakukan lawatan ke masjid di daerah itu.
“Nasihat saya kepada yang ingin berkempen adalah untuk terus pergi ke sana mendengar suara rakyat Sandakan, menimbulkan isu penting kepada mereka,” katanya. – 7 Mei, 2019.