Pakatan mungkin hilang Sandakan kerana isu sara hidup
Iklan
KOS sara hidup, janji yang tidak ditepati berkenaan perumahan kos rendah, pemotongan elaun nelayan dan kurangnya peluang pekerjaan antara isu dihadapi DAP ketika ia berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, esok.
Parti penyandang itu juga berdepan laluan sukar kerana kebanyakan belia Cina, yang menjadi tulang belakang bank undinya, bekerja di luar dan mungkin tidak pulang mengundi.
Bagi menampung kekurangan itu, DAP dan sekutunya menggandakan usaha untuk menarik undi Melayu dan Bumiputera.
Daripada 40,000 pengundi di Sandakan, 51% Cina, Bumiputera Sabah (26%), Melayu 16% dan lain-lain 7%.
Tetapi DAP tidak ada sokongan kaum ini dan akan bergantung pada parti seperti Parti Warisan Sabah dan UPKO untuk menawan undi Melayu dan Bumiputera Sabah.
Masyarakat Bumiputera di sini tidak berpuas hati dengan tindakan pusingan U kerajaan persekutuan berhubung pemilikan perumahan kos rendah (PPR).
Abdul Harris Bolah, 56, seorang penduduk PPR resident di Sandakan beliau marah dengan keputusan kerajaan persekutuan menukar skim sewa beli kepada skim sewaan.
“Kami dijanjikan unit kami di bawah skim sewa beli, tetapi kerajaan PH memutuskan untuk membatalkan perjanjian itu dan sekarang kami hanya penyewa,” katanya yang ada enam anak.
Pemandu Grab itu berkata dengan pendapatannya, beliau tidak akan mampu memiliki hartanah di Sandakan, dan program PPR pilihan terbaik untuknya.
Terdapat sembilan kawasan perumahan PPR di Sandakan, dengan hampir 10,000 unit dan pembatalan skim sewa beli boleh menjadi masalah kepada DAP. – 10 Mei, 2019.
Berita penuh di sini.