Najib disambut penyokongnya di Sandakan
Iklan
RATUSAN penyokong bekas perdana menteri Najib Razak hari ini hadir di sebuah hipermarkert di Sandakan untuk menyambut kedatangan pemimpin berusia 65 tahun itu yang berkempen untuk calon Parti Bersatu Sabah.
Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Sabah sejak kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14, 9 Mei lalu.
“Sandakan, Bossku, sudah Sampai,” katanya menerusi pembesar suara.
“Ada yang cakap saya tidak boleh datang, tetapi dasar peribadi saya mengatakan jika rakyat jemput, saya pasti akan hadir,” katanya.
Najib tiba di hipermarket berkenaan sekitar pukul 4 petang menaiki sebuah Land Cruiser berwarna hitam dan segera membeli belah ketika orang ramai mula menyerbunya untuk berselfie.
Beliau tiba di lpangan terbang Sandakan sekitar pukul 1.45 petang menjelang pilihan raya kecil Sandakan, yang mana ramai menjangkakan bekas perdana menteri itu akan berkempen pada saat akhir untuk calon Parti Bersatu Sabah Linda Tsen Thau Lin.
Hari mengundi ditetapkan pada Sabtu (11 Mei).
Antara yang turut hadir adalah Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Bung Moktar Radin.
Di dalam beliau membeli beras, telur dan barangan runcit lain.
Di kawasan parkir hipermarket berkenaan, Najib menaiki kenderaan pacuan empat roda dan menyanyikan lagu Anak Kampung iaitu lagu penyanyi kelahiran Sabah Jimmy Palikat dan lagu Cliff Richard, “Young Ones”.
Beliau turut memberikan ucapan ringkas dan menasihatkan orang ramai agar bersurai, dan memberitahu mereka masih boleh berselfie dengannya.
“Kami teruja melihat Najib. Sudah sekian lama. Beliau nampak penat dan menggigil, namun mungkin sebab beliau berpuasa,” kata Napsiah Kamsi.
Wanita berusia 54 tahun itu mengetahui tentang kedatagan Najib ke hipermarket itu menerusi kumpulan WhatsApp.
Peniaga gerai di Bazaar Ramadhan, Dzulhisham Abdul berkata, beliau dimaklumkan tentang kehadiran Najib dan tidak kisah untuk bergambar dengan bekas perdana menteri itu.
“Sudah pasti saya mahu bergambar dengan Najib, beliau sudah ada di sana. Ia bukan politik atau apa-apa.
Najib berkata beliau gembira melihat maklum balas yang diterima daripada pengundi Sandakan, dan mengatakan ia membuktikan penduduk masih lagi menghargainya sebagaimana ketika beliau menjadi perdana menteri.
Ditanya sama ada kehadirannya di Sandakan akan mengalihkan undi masyarakat Islam, katanya beliau tidak pasti, naun kehadirannya adalah bagi menunjukkan beliau masih mengambil berat tentang rakyat Sandakan dan Sabah.
“Mereka sangat dekat dengan saya,” katanya.
Najib dijangka akan menyampaikan ceramah di Taman Harmoni di Sandakan pada pukul 9 malam. – 10 Mei, 2019