‘Hukum’ Pakatan kerana tak kotakan janji, kata Najib
Iklan
RAKYAT Sandakan perlu menolak Pakatan Harapan (PH) sebagai respons kepada kegagalan kerajaan mengotakan janji manifesto pilihan raya lalu, kata Najib Razak malam ini.
Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan yang baru saja mencapai usia setahun pentadbiran hari ini lebih banyak membuat janji tanpa mengotakannya.
“Kita mahu menghukum mereka. Mereka telah menipu rakyat.
“Jika mereka berjanji dan menunaikannya, saya akan menerima bahawa mereka benar-benar kerajaan yang kukuh.
“Tetapi jika mereka memenangi pilihan raya dengan menipu, rakyat mesti bangkit dan memerangi mereka,” katanya kepada lebih 1,000 penduduk di apartment kos rendah Taman Harmoni dekat Mile 3 Sandakan.
Pada program itu, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pemimpin Umno Sabah turut hadir.
Penampilan Najib malam ini adalah kemuncak kempen terakhir PBS untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan esok selepas PH menghantar sebahagian besar pemimpinnya dalam ciri ceramah selama dua minggu.
Menurut Najib, DAP dikenali dengan helahnya dan selepas setahun berkuasa mereka tidak menunjukkan apa-apa peningkatan dalam menyelesaikan isu rakyat Malaysia.
Beliau berkata, harga barang terus meningkat selepas GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST, kejatuhan ringgit dan banyak projek pembangunan dibatalkan sementara projek Lebuhraya Pan Borneo juga ditangguhkan. – 10 Mei, 2019
Berita penuh di sini.