Iklan

Beri lebih banyak pinjaman untuk bantu ekonomi, kata Guan Eng

Bernard Saw5 years ago17th May 2019Berita
Lim guan eng 201900502 afif 02
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, bank boleh membantu mengurangkan kesan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China dengan memberi pinjaman lebih banyak dan membolehkan perusahaan kecil dan sederhana menyusun semula pinjaman mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2019.
Iklan

BANK boleh membantu mengurangkan kesan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China dengan memberi pinjaman lebih banyak dan membolehkan perusahaan kecil dan sederhana menyusun semula pinjaman mereka, kata Menteri Kewangan hari ini.

Lim Guan Eng berkata, langkah itu akan mendatangkan situasi menang-menang untuk perniagaan dan juga bank serta mewujudkan propspek positif bagi ekonomi.

“Apabila kita terkesan dengan perang perdagangan AS-China ini, kita berharap bank dapat memainkan peranan mereka dan membenarkan lebih banyak pinjaman.

“Bukan hanya untuk pembeli rumah kali pertama, tetapi untuk perusahanan kecil dan sederhana contohnya penyusunan serta penjadualan semula beberapa pinjaman mereka,” katanya.

Menurutnya, perniagaan mungkin tidak berdepan masalah tetapi meminta mereka membayar pada kadar sama ketika krisis perang perdagangan tidak membantu mereka.

“Jadi jika anda dapat mengurangkan kos mereka dengan membenarkan beberapa penyusunan dan penjadualan semula, mereka akan merasakan ada lebihan wang kerana hutang dipanjangkan,” katanya kepada media selepas melancarkan meja bulat Suruhanjaya Sekuriti pada Teknologi Kewangan (Fintech).

Lim menambah, China telah bertindak secara dalaman terhadap konflik perdagangannya dengan AS dengan membuat lebih banyak wang tunai bagi “mengurangkan impak peristiwa luaran” di dalam negara.

“Kami telah menyatakannya kepada Bank Negara, kami harap institusi kewangan akan ikut,” katanya. – 17 Mei, 2019.

Iklan
Iklan