Tulis kepada saya tentang salah laku kehakiman, kata ketua hakim baharu
Iklan
DALAM ucapan pertamanya kepada Badan Kehakiman, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat tentang salah laku kehakiman untuk menulis secara peribadi kepada beliau agar siasatan dapat dijalankan.
“Sekiranya ada tuduhan salah laku di pihak hakim, saya menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai sebarang tuduhan sedemikian, untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa yang relevan supaya siasatan yang sewajarnya dapat dijalankan.
“Orang ramai juga boleh menulis kepada saya, presiden Mahkamah Rayuan atau Ketua Hakim di Mahkamah Tinggi masing-masing, untuk kami mengambol tindakan yang perlu,” katanya dalam ucapan sulungnya sebagai ketua hakim semasa persidangan untuk meraikan pelantikannya di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.
Tengku Maimum berkata orang ramai tidak seharusnya menggunakan media sosial untuk membuat “dakwaan liar” dan sebaliknya menyalurkan rungutan mereka ke saluran yang betul.
“Ia adalah satu kerugian kepada badan kehakiman dan negara secara keseluruhannya, jika ada yang terus membuat tuduhan liar, terutama dalam media sosial tanpa menggunakan saluran yang betul untuk tuduhan itu ditangani dengan berkesan.
“Ini penting kerana mengikut tradisi, hakim tidak bertindak balas terhadap kritikan dan tuduhan; hakim berbicara melalui penghakiman mereka. “
Beliau berkata hakim akan meletakkan diri mereka dengan cara ini untuk mengekalkan kesaksamaan di mahkamah. Ia juga menghalang para hakim daripada masuk ke perdebatan dengan “pihak yang tidak berpuas hati dan pengkritik yang tidak berpuas hari”, tambahnya.
Tengku Maimun berkata, tuduhan yang tidak berasas terhadap badan kehakiman juga akan melemahkan pentadbiran keadilan dan mengikis keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang mencemarkan imej dan martabat badan kehakiman dalam melindungi integritinya.
Bagaimanapun katanya, mahkamah tidak terkecuali terhadap kritikan awam selagi kritikan itu berdasarkan fakta dan disampaikan secara bertanggungjawab.
“Adalah penting bagi orang ramai untuk membincangkan bagaimana mahkamah melaksanakan peranan mereka dan mengkritik sekiranya mereka mahu ... Sesungguhnya kebebasan badan kehakiman tidak bererti ia adalah kebal dari kritikan atau akauntabiliti kepada orang awam di mana ia berfungsi.”
Beliau turut mengingatkan bahawa dorongan itu adalah untuk mempertahankan badan kehakiman. memperbetulkan maklumat yang salah dan engingatkan orang awam serta media tentang kebebasan dan keneutralan badan kehakiman.
Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim pada 2 Mei, menggantikan Richard Malanjum yang bersara pada April tahun ini. – 17 Mei, 2019