Iklan

RM500 bonus raya untuk penjawat awam Sabah 

Jason Santos5 years ago21st May 2019Berita
Ringgit malaysia 17042017 tmikamal 02
Bayaran bonus berkenaan akan dibuat dalam beberapa hari lagi bagi mengurangkan beban kewangan penjawat awam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mei, 2019
Iklan

MOHD Shafie Apdal hari ini mengumumkan bonus raya sebanyak RM500 untuk penjawat awam di Sabah.

Bayaran akan dibuat “dalam beberapa hari lagi”, kata ketua menteri.

“Walaupun kewangan Sabah ‘tidak berapa baik’, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bonus, bagi mengurangkan beban kewangan penjawat awam menjelang sambutan Hari Raya,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kuih raya di Menara Tun Mustapha di Kota Kinabalu.

21,021 penjawat awam di negeri itu akan menerima bonus.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan meminta bantuan Kementerian Kewangan untuk membatalkan permit bagi mesin judi di Sabah, Shafie berkata masanya akan tiba.

Pada 10 Mei lalu, Shafie dilaporkan berkata, beliau mahu kementerian itu menghentikan pengeluaran permit untuk perjudian.

Katanya, Sabah tidak akan meluluskan premis perjudian dan menggesa masyarakat untuk melaporkan aktiviti perjudian haram di kawasan mereka.

Berhubung laporan cubaan menyeludup buaya di negeri itu, Shafie berkata kawalan di sempadan perlu diperketatkan.

“Adalah penting untuk tingkatkan penguatkuasaan. Kita boleh banteras aktiviti seperti itu sekiranya langkah keselamatan dipertingkatkan di semua pintu masuk dan keluar negara seperti lapangan terbang dan pelabuhan.”

Dua hari lalu, pihak berkuasa negeri berjaya mematahkan cubaan menyeludup 200 ekor buaya dari Indonesia ke Tawau.

Dua rakyat tempatan dan dua warga Indonesia berusia antara 55 dan 61 tahun ditahan, kata Jabatan Hidupan Liar Sabah. – 21 Mei, 2019

Iklan
Iklan