Bersih rekod 19 kesalahan pada PRK Sandakan
Iklan
BERSIH 2.0 Sabah merekodkan 19 kesalahan pada pilihan raya kecil Sandakan baru-baru ini, iaitu pengurangan berbanding jumlah kesalahan yang dilakukan oleh parti bertanding pada pilihan raya kecil Rantau dan Cameron Highlands awal tahun ini, dan menambah 11 daripada 19 kesalahan itu dilakukan oleh DAP.
Naib pengerusi Bersih Sabah, Beverly Joeman ketika mengumumkan hasil dapatan berhubung pilihan raya Sandakan hari ini berkata, walaupun jumlah kesalahan itu menurun, pihak berkuasa dan parti politik perlu memberi penekanan untuk menghentikan kesalahan pilihan raya seperti “pemberian”.
Di Sandakan, Joeman menyatakan DAP menganjurkan dua acara yang mana pengundi diberikan makanan dan minuman.
Beliau berkata, acara pertama diadakan sehari sebelum hari penamaan calon pada 25 April dan yang kedua diadakan pihak ketiga: Jawatankuasa Al-Furqan pada 3 Mei. Pihak berkenaan mengadakan program “kenduri Sekampung Bersama Ketua Menteri”.
“Di Cameron Highlands, sebanyak empat ks yang sama direkodkan, manakala di Rantau sebanyak tujuh kes,” kataya pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini, dan menyatakan pilihan raya Rantau dan Cameron Highlands masing-masing mencatatkan 39 dan 23 kesalahan pilihan raya.
“Parti bertanding mungkin tidak dapat mengadakan lebih banyak acara sebegini kerana bulan puasa bermula pada 6 Mei.”
Antara kesalahan lain termasuklah penyalahgunaan jentera kerajaan, seperti bot polis marin untuk membawa ahli Parti Warisan Sabah ke Pulau Berhala untuk berkempen.
“Pemerhati kami turut menyatakan kebanyakan kesalahan dilakukan ketika hari oengudian yang mana pekeerja parti politik akan cuba dan mempengaruhi undian, seperti penyediaan kenderaan kepada pengundi untuk ke pusat mengundi di SK Tanjung Papar dan SK Sungai Anib.
“Kami dapati sembilan kenderaan digunakan untuk membawa pengundi. Lapan daripada kenderaan ini mempunyai bendera PBS dan DAP,” katanya. – 21 Mei, 2019