Iklan

Tribunal siasat salah laku bekas anggota SPR dihentikan

Timothy Achariam5 years ago24th May 2019Berita
Tribunal ec tmikamal 01
Tribunal yang menyiasat dakwaan salah laku dalam PRU14 memutuskan siasatan tidak akan diteruskan kerana perkara itu sudah menjadi akademik sepenuhnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 Mei, 2019.
Iklan

TRIBUNAL yang menyiasat dakwaan salah laku enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan diteruskan kerana perkara itu sudah menjadi akademik sepenuhnya.

Hakim bersara Mahkamah Persekutuan, Steve Shim, yang mempengerusikan tribunal berkata enam anggota SPR sejak itu sudah meletakkan jawatan selepas pilihan raya.

“Adakah kepentingan awam atau negara untuk menghabiskan banyak masa, tenaga dan perbelanjaan hanya untuk melihat penyingkiran enam pesuruhjaya pilihan raya sedangkan mereka sudah berhenti diri secara sukarela?” kata Shim.

“Saya mendapati tiada sebarang manfaat kepada kepentingan awam, ia akan menjadi satu usaha yang sia-sia,” katanya di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Panel lima ahli itu membuat keputusan itu berdasarkan cadangan majoriti ia tidak akan diteruskan.

Panel itu diketuai oleh Shim bersama Jeffery Tan Kok Wha, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar dan Prasad Sandosham Abraham sebagai ahli tribunal lain.

Sebanyak 13 pertuduhan dikenakan terhadap enam bekas anggota SPR berhubung peranan mereka dalam menyediakan laporan persempadanan semula kontroversi dan cara PRU14 dijalankan. – 24 Mei, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan