LANGSUNG: Najib nasihatkan SRC International dapatkan berbilion dari KWAP, kata saksi
Iklan
PERBICARAAN kes SRC International melibatkan Najib Razak masuk hari ke-19 hari ini dengan peguam bela meneruskan soal balas saksi ke-37, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Dr Shamsul Anwar Sulaiman.
Shamsul yang mengendalikan syarikat menjalankan program tanggungjawab korporat sosial (CSR) bagi SRC International, memberitahu mahkamah pada 15 Mei beliau tidak tahu Najib adalah penerima RM42 juta yang disalurkan melalui Ihsan Perdana pada 2014 dan 2015.
Beliau menambah jika mengetahui ia adalah Najib, beliau tidak akan meluluskan pemindahan ke akaun tersebut pada Disember 2014 dan Februari 2015.
Shamsul berkata beliau juga bertanya kepada Pengarah Kewangan Ihsan Perdana Abdul Aziz Ismail dan turut berkata tidak tahu Najib adalah penerima RM42 juta itu.
Shamsul juga berkata beliau tidak tahu di mana punca wang itu.
Aishah Ghazali, bekas eksekutif kanan akaun di Ihsan Perdana, memberi keterangan awal yang wang itu daripada Gandingan Mentari, anak syarikat SRC International.
Shamsul berkata beliau kemudian bertemu Dennis See Thuan Buan, yang merupakan pengarah projek di Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), yang mana Ihsan Perdana turut menjalankan kerja-kerja CSR.
See memberitahunya akaun syarikat akan digunakan sebagai perhentian “transit” untuk RM40 juta pada 24 Disember 2014.
“Saya meminta butiran lanjut daripada (See) tetapi beliau tidak memberikan penjelasan lanjut dan enggan memberikan maklumat yang saya mahu,” kata Shamsul.
Beliau berkata membuat pemindahan bank ke akaun AmBank Najib yang berakhir 880 bagi RM27 juta dua hari kemudian, pada 26 Disember 2014.
“Saya membuat pembayaran ke dalam akaun (Najib) walaupun saya tidak pasti mengenai tujuan sebenar kerana mengikuti arahan daripada (CEO YR1M) Ung Su Ling dan (See),” kata Shamsul sambil menambah Najib tidak pernah menghubungi beliau berhubung pemindahan RM27 juta itu.
Mahkamah sebelum ini mendengar sejumlah RM7.2 juta diremitkan dari akaun bank peribadi Najib pada awal 2015 kepada 14 penerima, termasuk pembinaan, pengubahsuaian rumah dan syarikat paip; Koperasi politik Umno di Johor, Selangor dan Pulau Pinang; parti politik Barisan Nasional Sabah Upko; dan portal berita dalam talian pro-BN.
Najib, 66, berdepan tiga tuduhan pecah amanah jenayah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa. Beliau boleh dihukum penjara 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Bekas presiden Umno diwakili oleh Harvindejit Singh dalam prosiding pagi ini kerana peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah menguruskan hal lain di mahkamah yang berbeza. Shafee dijangka kembali pada sebelah petang.
Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pendakwaan, manakala Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengetuai perbicaraan.
The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:
3.58pm: Sesi soal jawab hari ini berakhir. Hakim Nazlan menetapkan prosiding bersambunag pada jam 9 pagi esok.
3.55pm: Azian terus memberi keterangan mengenai pinjaman kedua. Beliau berkata jabatan pendapatan tetap KWAP meminta kebenaran daripada panel pelaburan supaya memberi bayaran secara sekali gus.
3.52pm: DPP bertanya kepada Azian mengenai pertemuannya dengan Najib di pejabat bekas perdana menteri itu. DPP minta Azian beritahu mahkamah apakah yang beliau ingat mengenai pertemuan itu.
Azian berkata beliau tidak ingat mengenai butiran perbincangan dengan Najib.
3.45pm: Beliau berkata panel pelaburan mengadakan mesyuarat pada 20 Mac 2011 dan meluluskan pinjaman mengikut syarat yang sama dengan pinjaman pertama.
Azian berkata Nik Faisal menghantar e-mel kepadanya pada 22 Mac 201 berserta dokumen sokongan bagi permohonan RM2 bilion.
3.40pm: Kertas pelaburan disediakan untuk panel bagi menentukan sama ada tambahan RM2 bilion perlu diberi kepada SRC International mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman pertama yang juga akan mendapat jaminan kerajaan.
Kertas pelaburan tersebut menyatakan bahawa menteri kewangan (Najib) meluluskan permohonan itu dan menasihatkan supaya SRC International mendapatkan dana dari KWAP.
3.36pm: Azian berkata pada 13 Mac 2012, KWAP menerima satu lagi surat dari SRC International yang memohon pinjaman tambahan RM2 bilion dari KWAP. Surat itu ditandantangani oleh CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.
3.30pm: Azian mengenal pasti dokumen penting yang dijadikan bukti.
3.15pm: Azian memberitahu mahkamah, pada 22 Ogos tahun itu, menteri kewangan juga menghantar surat kepadanya, meminta RM2 bilion diberi kepada KWAP.
KWAP kemudian memberi surat tawaran RM2 bilion kepada SRC International, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh panel pelaburan. Azian berkata surat itu ditandatanganinya sendiri.
3.04pm: DPP bertanya bagaimana cadangan RM1 bilion yang akan diluluskan itu boleh meningkat jadi RM2 bilion.
Azian berkata beliau tak ingat bilakah permohonan RM2 bilion dilakukan, beliau hanya diberitahu oleh pengerusi supaya permohonan itu diluluskan dengan cepat.
Azian memberitahu beliau ingat menerima surat dari SRC International pada 12 Ogos 2011, meminta RM2 bilion tersebut diberi terus kepada SRC International, bukan 1MDB. Ini kerana SRC International berada di bawah 1MDB, yang disokong kerajaan.
3.02pm: Selepas berbincang, panel setuju melulukan pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB dan bukan SRC International, kata Azian. Kelulusan diberi berdasarkan sokongan KWAP terhadap inisiatif strategik kerajaan. Tambah beliau KWAP akan memberi pinjaman kepada kerajaan, dan kerajaan akan memberinya kepada 1MDB.
Azian juga berkata beliau memaklumkan kepada panel pelaburan bahawa Najib memberitahu pengerusi KWAP supaya mempercepatkan proses kelulusan pinjaman dan RM2 bilion itu mencukupi.
2.56pm: Azian memberitahu mahkamah panel membuat cadangan seperti berikut:
- RM2 bilion itu terlalu besar untuk diberi kepada syarikat yang mempunyai modal berbayar RM2. Mereka setuju untuk hanya memberi pinjaman RM1 bilion.
- Panel setuju untuk memberikan wang itu kepada 1MDB kerana ia milik penuh MKD, bukan SRC International. Ini kerana disiplin kewangan 1MDB lebih baik dan diselia oleh MKD.
- Panel bimbang mengenai risiko yang dinyatakan di atas jika pinjaman diberi kepada SRC International.
- Panel mempersoalkan niat SRC International untuk melabur dalam bahan mentah yang memerlukan banyak kepakaran.
- Panel juga berkata pembayaran tidak sepatutnya diberi secara sekali gus.
2.51pm: Ketika meneruskan keterangan, Azian berkata satu lagi mesyuarat panel diadakan pada 19 Julai 2011. Pada mesyuarat tersebut, terma dan syarat pinjaman diperketatkan seperti mendapatkan jaminan kerajaan.
2.148pm: Azian ditanya mengapa Najib perlu dimaklumkan mengenai perkara itu.
Beliau menjawab ini kerana mereka merasakan perlu memaklumkan kepada Najib kerana surat yang diterimanya menyatakan mereka memerlukan RM3.95 bilion tetapi cadangan hanya untuk RM1 bilion. Azian menambah, itu hanya pandangannya.
2.45pm: Azian memberitahu mahkamah, selepas mesyuarat itu, Azlin menyediakan kertas pelaburan RM2 bilion untuk tujuan modal kerja dan pelaburan am.
2.41pm: Azian diminta jelaskan mengapa cadangan tersebut tidak ditolak, sebaliknya ditangguhkan.
Beliau berkata ini untuk membolehkan SRC International memberi maklumat. Tambah Azian, tidak pelik jika panel meminta lebih banyak maklumat apabila dirasakan perlu.
Azian juga berkata salah seorang anggota panel mencadangakan supaya Najib dimaklumkan bahawa panel hanya meneliti kelulusan pinjaman RM1 bilion.
Azian berkata beliau dan Wan Abdul menemui Najib di Pejabat Perdana Menteri tetapi tidak ingat bilakah tarikh pertemuan itu.
2.40pm: Harvinderjit membantah soalan dari Ishak, berkata DPP itu cakap berbeli-belit.
Ishak berkata itu cara beliau menyoal balas.
2.33pm: Azian berkata beliau hadir pada mesyuarat panel pelaburan yang dipengerusikan oleh Wan Abdul pada 5 Julai 2011.
Mesyuarat memutuskan KWAP akan mengangguhkan kelulusan permohonan pinjaman sehingga menerima lebih banyak maklumat mengenai SRC International.
2.28pm: Azian berkata bekas naib presiden KWAP Amirul Imran Ahmat yang sebelum ini dipanggil memberi keterangan, menyediakan kertas pelaburan RM1 bilion untuk panel. Kerta itu kata Azian, hanya disediakan selepas mengambil kita risiko bayaran, risiko kepada negara, risiko industri dan over concentration.
Beliau mula membacakan petikan kertas pelaburan kepada mahkamah.
2.21pm: Pendakwa Ishak Mohd Yusoff mula menyoal balas Azian
2.19pm: Azian berkata beliau tidak dapat meneliti dengan terperinci kandungan surat tersebut pada masa itu. Surat itu dibawa pulang sebelum diserahkan kepada Pengerusi KWAP Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah pada esoknya.
Beliau berkata tahu mengenai pinjaman seperti yang Najib beritahunya. Beliau juga berkata pelaburan KWAP akan mengkaji permohonan tersebut.
2.16pm: Apabila diminta untuk mengenal pasti Najib di kamar mahkamah, Azian berkata beliau tidak nampak. Tidak lama kemudian, Azian berkata nampak Najib duduk dalam kandang tertuduh.
Saksi kemudian berkata ketika menerima surat kepada Azlin, surat itu dibaca termasuk nota kaki dari Najib.
2.15pm: Azian beritahu mahkamah beliau sudah hampir dua tahun mengenali Azlin.
Katanya, dalam surat yang ditandatangani oleh Pengarajh SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, terdapat nota kaki bertarikh 5 Jun menyatakan “Saya setuju dengan cadangan ini” yang ditandatangani oleh Najib.
Menurut Azian, apa yang beliau tahu, terma “setuju dengan cadangan” bermaksud Najib setuju KWAP perlu memberi RM4 bilion kepada SRC International.
2.09pm: Azian berkata pada 2011 beliau menerima surat asal dari SRC International bertarikh 3 Jun 2011, yang diterimanya dari pegawai khas Najib, Azlin Alias. Azian berkata beliau mengenali Azlin kerana mereka pernah bekerja bersama sebelum ini.
Azian beritahu mahkamah beliau diminta bertemu Azlin di lobi hotel di KL Sentral malam itu. Beliau berkata surat itu ditandatangani oleh Azlin sambil menambah Azlin memberitahunya yang Najib meluluskan pinjaman.
Katanya, surat itu disediakan oleh SRC International yang menamakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan sebagai peerima pinjaman RM3.95 bilion untuk pelaburan.
2.05pm: Azian berkata ketika masih CEO, beliau mengetahu permohonan pinjaman RM2 bilion dari SRC International Sdn Bhd pada 2011 dan satu lagi permohonan pinjaman RM2 bilion pada 2012.
Beliau memberitahu mahkamah, KWAP meluluskan kedua-dua permohonan berjulah RM4 bilion itu di mana RM2 bilion diluluskan pada 2011 manakala baki RM2 bilion pada 2012.
2.02pm: Azian berkata jabatan pinjaman dan sekuriti hutang persendirian KWAP menilai sebarang dan serta semua permohonan pelaburan sebelum dikemukakan kepada panel pelaburan.
1.55pm: Prosiding bersambung. Bekas ketua pegawai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Azian Mohd Noh dipanggil memberi keterangan, dimulakan dengan beliau membaca kenyataan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Azian berkata ketika masih menjadi CEO KWAP, beliau ditugaskan untuk memastikan pelaburan mendapat pulangan mencukupi.
Beliau menjelaskan peranan KWAP serta proses dan garis panduan pelaburan yang akan dibuat.
12.43pm: Mahkamah ditangguhkan untuk solat.
12.42pm: Shamsul berkata beliau hanya mendapati SRC meletakkan dana di akaun Ihsan Perdana menerusi laporan berita.
12.30pm: Harvinderjit meneliti transaksi Ihsan Perdana, seperti dinyatakan dalam kenyataan Shamsul.
Beliau bertanya Shamsul dari mana arahan untuk memindahkan wang kepada Mail Global Resources. Shamsul menjawab arahan itu kebanyakannya datang daripada Ung dan See.
11:57am: Shamsul berkata beliau hanya tahu tentang RM40 juta beberapa hari sebelum wang itu dipindahkan ke akaun (pada 24 Disember 2014).
11:41am: Shamsul berkata jika beliau tahu nama akaun persendirian wang itu masuk, beliau sudah pasti akan menelefon pemegang akaun untuk mengesahkannya.
Beliau juga cuba menyiasat siapa pemilik akaun itu.
Harvinderjit: Jika anda tahu akaun itu milik perdana menteri Najib, adakah anda akan menelefonnya untuk mendapat penjelasan dan pengesahan wang yang masuk ke dalam akaun?
Shamsul: Sudah tentu, saya akan melakukannya.
11:34am: Harvinderjit melihat penyata kewangan utama akaun Ihsan Perdana (1108) dari September 2014 hingga April 2015.
Beliau bertanya Shamsul jika tahu RM20 juta dikreditkan ke dalam akaun pada 11 September 2014 yang beliau jawab “Tidak”.
11:32am: Harvinderjit bertanya Shamsul jika beliau tahu mengenai Mail Global Resources dan dijawab “Tidak”.
11:20am: Beberapa prorgram amal adalah Vitamin 1Malaysia (RM9.5 juta); Ihsan Ramadan dan Aidilfitri (RM22.5 juta); Projek Masjid Jamek-Kg Baru (RM6 juta) untuk memulihkan dan mengubahsuai kawasan itu; Project Kilat (RM582,500); Cergas Ceria (RM10 juta); dan projek H20 untuk membekalkan air di Sabah dan Sarawak (RM29.5 juta).
Shamsul berkata projek H20 adalah istimewa memandangkan ia membantu penduduk kampung mendapatkan bekalan air.
Harvinderjit: Apabila anda melakukan projek ini, adakah anda membawa bendera BN dan Umno?
Shamsul: Tidak, tidak, kami tidak pernah melakukannya.
11:16am: Harvinderjit meneliti segera pelbagai program CSR yang dijalankan oleh Ihsan Perdana.
11:13am: Hakim membenarkan Harvinderjit menyoal tetapi meminta ia diringkaskan dan padat.
11:11am: Hakim bertanya Harvinderjit soalannya itu relevan.
Harvinderjit menjawab perlunya memberi gambaran mengenai cara Ihsan Perdana dijalankan. Beliau juga ingin menunjukkan projek CSR yang dijalankan adalah bertujuan politik kerana itu adalah kenyataan saksi.
11:10am: Harvinderjit berkata tidak boleh melakukan lebih selain merujuk kepada kenyataan saksi, yang menyatakan projek ini diperlukan.
Sithambaram berkata saksi dipanggil untuk memperkenalkan peranan tugasnya.
11:09am: Sithambaram mencelah soal balas dengan mengatakan soalan tersasar daripada pertuduhan yang ditimbulkan terhadap tertuduh.
Beliau berkata pertanyaan itu tidak relevan dan meminta hakim membuat keputusan.
11:07am: Satu lagi program ialah Jalinan Murni di mana RM8.5 juta diperuntukkan. Ini adalah untuk membantu Orang Asli di kawasan luar bandar, terutamanya untuk menyediakan tenaga solar.
Keluarga yang memerlukan bagi kedua-dua kerja amal itu dikenal pasti oleh pegawai daerah negeri, kata Shamsul.
11:05am: Shamsul berkata RM37 juta diperuntukkan untuk program kebajikan yang dinamakan Nadi Kasih yang berurusan dengan baik pulih rumah di kawasan luar bandar dan kampung.
Beliau berkata ini dilakukan di seluruh negara, tanpa mengira sama ada negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau kerajaan.
10.58am: Mahkamah disambung semula dengan Harvinderjit meneliti penyata kewangan Ihsan Perdana yang diaudit bersama saksi.
10.35am: Harvinderjit meminta rehat 10 minit dan dibenarkan oleh Nazlan.
10.33am: Harvinderjit bertanya sama ada mereka melakukan sebarang projek sebenar.
Harvinderjit: Pada pendapat anda, berapa orang yang anda fikir telah dibantu?
Shamsul: Saya katakan kami sudah membantu kira-kira 5,000 isi rumah di seluruh negara.
Harvinderjit: Adakah anda mempunyai bukti?
Shamsul: Ya, kami ada.
Harvinderjit: Semua wang yang anda terima dalam geran itu digunakan untuk kebajikan?
Shamsul: Ya.
Harvinderjit: Jika mereka meminta anda mengambil wang daripada geran itu dan berikan kepada ahli politik, bolehkah anda melakukannya?
Shamsul: Tidak, saya tidak mendapat sebarang arahan. Ia bergantung pada siapa yang memberi arahan.
Harvinderjit: Secara umumnya anda bertanggungjawab terhadap wang daripada yayasan itu?
Shamsul: Ya.
10.26am: Harvinderjit bertanya sama ada program amal yang dijalankan oleh Ihsan Perdana berkemungkinan mempunyai tujuan politik.
Shamsul membalas dengan negatif.
Harvinderjit: Adakah mana-mana dalam surat itu menyatakan duit digunakan untuk untuk Umno dan BN?
Shamsul: Tidak, ia hanya digunakan untuk kerja amal.
10.20am: Harvinderjit meneliti surat jaminan 1MDB diberikan kepada Ihsan Perdana dengan saksi diminta untuk mengesahkannya.
10.10am: Shamsul berkata (bekas ketua eksekutif LTAT) Lodin yang mencadangkan The Curve sebagai pejabat Ihsan Perdana.
Pejabat ini mecukupi untuk menempatkan 22 pekerja.
10.05am: Harvinderjit bertanya Shamsul alasan beliau mempunyai tiga akaun bank.
Beliau menjawab ia dicadangkan oleh (Pengarah Kewangan) Abdul Aziz Ismail dan bersetuju dengan cadangan itu.
9.54am: Harvinderjit menunjukkan beberapa dokumen kepada Shamsul dan bertanya sama ada beliau boleh mengenal pastinya.
9.40am: Harvinderjit bertanya Shamsul mengenai aktiviti baik pulih dilakukan di beberapa rumah di Johor sebagai sebahagian daripada kerja CSR 1MDB.
Terdahulu, saksi berkata Ung Su Ling diperkenalkan kepadanya sebagai ketua pegawai eksekutif Yayasan Rakyat 1 Malaysia, sambil menambah Dennis See adalah sepupu Ung.
9.38am: Harvinderjit mengenal pasti tiga saksi lain kepada mahkamah. Mereka adalah bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas ketua eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin dan Pengarah Kewangan Ihsan Perdana, Abdul Aziz Ismail.
9.29am: Terdahulu, bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd Shahrol Azral Ibrahim Halmi dilihat berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Tidak diketahui sama ada beliau akan memberi keterangan sebagai saksi.
9.28am: Prosiding bermula. Dr Shamsul Anwar Sulaiman berada di kandang saksi dan disoal oleh Harvinderjit.
Harvinderjit juga memaklumkan kepada Hakim Nazlan yang Shafee tidak hadir kerana menguruskan hal lain di Mahkamah Persekutuan.
9.10am: Najib tiba di mahkamah dan masuk ke bilik perbicaraan. – 28 Mei, 2019.