Iklan

Bukan mendesak bahas keistimewaan Bumiputera sekarang, kata Wan Saiful

Jason Santos5 years ago28th May 2019Berita
Wan saiful ptptpn 101118 tmiseth 05
Apabila menumpukan isu yang sekarang ini bukan jadi keutamaan, maka Putrajaya sudah tersasar, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2019.
Iklan

PUTRAJAYA akan jauh daripada sasaran jika terus membahaskan isu yang jadi perbalahan seperti keistimewaan Bumiputera dan kuota matrikulasi, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata ia tidak akan menjejaskan seluruh rakyat Malaysia ketika ini, tetapi tidak mustahil dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Semasa kita jadi pembangkang kita boleh cakap apa sahaja. Tetapi apabila jadi kerajaan, kita perlu tetapkan keutamaan dengan betul.

“Walaupun kita setuju dengan membahaskan sama ada perlu meneruskan keistimewaan Bumiputera seperti yang banyak dibincangkan, tetapi buat masa ini ia bukan keutamaan. Dan tiada siapa patut jadikannya keutamaan,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan BFM Breakfast Grille pagi tadi.

“Kalau kita terus terlibat dalam isu perbalahan dengan cara yang beremosi dan tidak rasional tanpa orang ramai bersedia kepada perdebatan, kita akan terima maklum balas sama seperti yang diterima sekarang.” – 28 Mei, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan