Iklan

Bekas ketua KWAP jumpa pembantu kanan Najib di hotel

Bede HongTimothy Achariam5 years ago28th May 2019Berita
Src 19 270519 tmiseth 13  full
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Azian Mohd Noh, 66, memberitahu mahkamah beliau bertemu Azlin Alias, seorang pegawai khas yang mengetuai pasukan dasar ekonomi Najib pada Jun 2011 untuk menerima surat permohonan pinjaman RM3.95 bilion. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Mei, 2019.
Iklan

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang memberi keterangan hari ini memberitahu beliau diminta bertemu dengan pembantu kanan Najib Razak di sebuah hotel di KL Sentral selepas waktu bekerja lapan tahun lalu.

Azian Mohd Noh, 66, memberitahu mahkamah beliau bertemu Azlin Alias, seorang pegawai khas Najib pada Jun 2011 untuk menerima surat permohonan pinjaman RM3.95 bilion.

“Saya dihubungi oleh pejabat Azlin untuk berjumpa di lobi hotel di KL Sentral, Kuala Lumpur,”

“Saya pergi ke hotel pada waktu malam selepas kerja,” katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Azian yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP dari 2007 sehingga bersara pada 2013 berkata, beliau menerima surat daripada Azlin.

Azlin meninggal dunia pada 2015 dalam nahas helikopter yang juga mengorbankan bekas menteri kabinet dan sekutu rapat Najib, Jamaluddin Jarjis.

“Saya diberitahu oleh Azlin bahawa perdana menteri Najib Razak bersetuju dengan cadangan SRC International dan saya telah merujuk kepada nota tulisan tangan di dalam surat yang ditulis oleh bekas perdana menteri itu,” katanya.

Azian membuktikan bahawa surat bertarikh 3 Jun 2011 itu ditandatangani oleh Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, dan ia juga mempunyai nota tulisan tangan oleh Najib yang mengatakan “Bersetuju dengan cadangan ini”. – 28 Mei, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan