Najib 'susah hati' tahu RM42 juta dana SRC International masuk akaunnya
Iklan
PENGARAH urusan syarikat yang menguruskan program amal untuk SRC International memberitahu mahkamah hari ini bahawa Najib Razak kelihatan “sangat susah hati” apabila diberitahu dana daripada entiti kerajaan masuk ke akaun peribadinya.
Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman, saksi pendakwa ke-37, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa selepas dibebaskan daripada soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2015, beliau bertemu Najib dan memaklumkan dana dari SRC International masuk ke akaun bank perdana menteri ketika itu.
Apabila disoal balas oleh peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah, Shamsul berkata Najib susah hati apabila wang itu disalurkan ke akaun peribadinya (RM42 juta dalam dua akaun AmBank).
Shafee: Apabila anda pergi berjumpa Datuk Seri Najib, sila spesifik, adakah beliau terkejut mengenai seseorang memasukkan wang ke dalam akaunnya. Beliau betul-betul tidak tahu kenapa?
Shamsul: Beliau berkata tidak tahu siapa yang memasukkan wang ke dalam akaunnya. Kenapa melalui akaun IPSB (Ihsan Perdana Sdn Bhd)?
Shafee: Huraikan keadaan itu.
Shamsul: Beliau sangat susah hati.
Shafee kemudian bertanya sama ada Najib mengarahkan supaya laporan polis dibuat.
Shafee: Adakah beliau memberitahu anda untuk membuat laporan polis, memberitahu SPRM?
Shamsul: Tidak.
Shamsul kemudian berkata beliau “jelas tidak bersalah” apabila ditanya sama ada terdapat ketidakjujuran di pihak Ihsan Perdana. – 29 Mei, 2019.
Berita penuh di sini