Iklan

Peminjam cadang PTPTN wujudkan dana amanah ala ASN

Jason Santos5 years ago30th May 2019Berita
Ptpn2
Iklan

SKIM unit amanah boleh menjadi cara terbaik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk memulihkan hutang.

Terdapat cadangan untuk PTPTN mencontohi kejayaan skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk menggalakkan peminjam membayar semula pinjaman mereka.

Peminjam PTPTN Zekiel Kushan berkata, skim sedemikian akan menggalakkan peminjam untuk memperoleh faedah tahunan.

Menurutnya, PTPTN boleh memperkenalkan dana unit amanah dan mengenakan peminjam dengan kadar faedah komersial standard bagi skim pinjaman.

Guru berusia 30 tahun dari Kota Kinabalu itu berkata, dengan cara itu PTPTN akan menggalakkan peminjam untuk menyelesaikan pinjaman belajar mereka dan membayar jumlah yang diambil untuk membeli unit amanah.

Dengan cara ini, peminjam akan mendapatkan wang yang cukup dari unit amanah untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan mereka.

“Cadangan yang baik ini untuk menggalakkan peminjam untuk melabur dan memperoleh duit lebihan daripada faedah tahunan.

“Para peminjam juga boleh memilih untuk menggunakan faedah tahunan untuk membayar pinjaman pendidikan mereka,” katanya kepada lembaga penasihat bebas PTPTN yang ditugaskan untuk mengumpul pandangan umum bagi menyelesaikan hutang korporat sebanyak RM40 bilion di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, ini hanya akan terpakai kepada peminjam baharu.

“Ia tidak akan menyelesaikan sepenuhnya hutang tetapi pastinya akan mengelakkan dari terus meningkat,” katanya.

Sesi perjumpaan yang diadakan di UMS di Kota Kinabalu itu dihadiri kira-kira 50 orang yang kebanyakannya terdiri daripada peminjam PTPTN, pelajar universiti dan kakitangan.

Ia ada konsultasi awam keempat PTPTN sehingga kini.

Pada masa ini, PTPTN meminjam dari pasaran kewangan dan dikenakan faedah 5%.

Dana yang dibangkitkan akan dikeluarkan sebagai pinjaman pelajar dengan pelajar sahaja yang perlu membayar semula dengan faedah 1%.

Walaupun beban hutang yang berat, perbadanan masih boleh meminjam dari pasaran kewangan kerana ia disokong oleh kerajaan.

Dana ini menyediakan pinjaman sehingga 200,000 peminjam setiap tahun.

Seorang lagi peminjam Allan Martin mencadangkan PTPTN untuk menyemak semula dasarnya dan meluluskan pinjaman hanya kepada mereka daripada kalangan keluarga Kumpulan B40.

Kumpulan B400 terdiri daripada keluarga berpendapatan isi rumah kurang RM4,000 sebulan.

“Walaupun ramai berpendapat mereka mempunyai hak istimewa untuk menikmati pinjaman PTPTN, perbadanan itu harus memberi keutamaan kepada golongan miskin,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Martin berkata, PTPTN perlu jelas dengan kos hidup, perbezaan gaji di Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza.

Beliau berkata, harga barangan di Sabah jauh lebih tinggi dari Sarawak dan Semenanjung kerana alasan geografi.

Kebanyakan peserta juga menyatakan sokongan mereka kepada peminjam untuk memotong gaji bulanan mandatori untuk menyelesaikan pinjaman PTPTN mereka.

Tetapi mereka juga mahukan panel penasihat untuk menyesuaikan peratusan potongan gaji untuk menandingi kos hidup peminjam.

Satu lagi cadangan adalah PTPTN harus tegas dalam mendapatkan bayaran semula dengan mengatakan mereka harus mencontohi teknik digunakan oleh pemberi pinjaman seperti mempromosikan pembayaran serendah RM1 sehari untuk menggalakkan peminjam menyelesaikan hutang mereka. – 30 Mei, 2019

Iklan
Iklan