Masalah teknikal punca bil elektrik tinggi, kata TNB
Iklan
TENAGA Nasional Berhad (TNB) berkata, isu kenaikan bil elektrik baru-baru ini disebabkan oleh gangguan sistem yang berlaku pada 15 hingga 20 Mei lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Amir Hamzah Azizan berkata, pelanggan yang menerima jumlah bil elektrik yang tinggi baru-baru ini akan mendapat bayaran ganti rugi daripada syarikat.
“Kami memberi komitmen untuk setiap laporan yang diajukan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyiasat dan memberikan sokongan diperlukan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat TNB hari ini.
Beliau berkata, sepanjang April dan Mei, syarikat itu menerima 14,469 laporan berkenaan bil elektrik yang tinggi dan mereka telah menyelesaikan 11,331 kes. – 31 Mei, 2019.
Berita penuh di sini