Iklan

PM mohon maaf atas sebarang kekurangan pada tahun lepas

The Malaysian Insight5 years ago5th Jun 2019Berita
Raya seri perdana 050619 tmiseth 01
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan yang menyebabkan ketidakselesaan kepada rakyat Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 5 Jun, 2019.
Iklan

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dalam ucapan Hari Raya hari ini kepada rakyat Malaysia.

“Saya dan isteri (Dr Siti Hasmah Mohd Ali) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Maaf zahir batin jika ada kekurangan sepanjang tahun ini yang menyebabkan ketidakselesaan kepada rakyat,” katanya di Seri Perdana Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata, seluruh rakyat Malaysia hidup dengan aman dalam masyarakat berbilang kaum.

“Kami juga meraikan semua perayaan bersama tanpa mengira kaum dan agama.

“Kerana negara yang aman ini kita semua boleh hidup dengan selesa,” katanya. – 5 Jun, 2019.

MENYUSUL

Iklan
Iklan