Iklan

Mahkamah belum tetapkan tarikh dengar rayuan Musa Aman

Jason Santos5 years ago10th Jun 2019Berita
Musa aman corruption court 01
Mahkamah Persekutuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan dibuat Musa Aman berhubung tuntutannya sebagai ketua menteri Sabah yang sah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Jun, 2019.
Iklan

MAHKAMAH Persekutuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan dibuat Musa Aman berhubung tuntutannya sebagai ketua menteri Sabah yang sah, kata pegawai khasnya.

Peguam pesaingnya, Shafie Apdal sementara itu berkata mahkamah tertinggi itu akan hanya menetapkan tarikh hujung bulan ini atau bulan depan, dan kemungkinan rayuan itu akan didengar pada September.

Rayuan itu bagi membantah keputusan Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin pada 12 Mei, 2018 untuk mengetepikan Musa dan melantik Shafie yang juga presiden Warisan sebagai ketua menteri.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak saman Musa berkenaan perkara itu pada November lalu.

Pegawai khas Musa memberitahu The Malaysian Insight bekas ketua menteri itu mahu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berkenaan kuasa gabenor untuk melantik dan memecah ketua menteri.

Peguam Shafie turut mengesahkan kedua-dua pihak sedang menunggu Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.

“Mahkamah pada masa ini sedang berurusan dengan peguam Musa berkenaan hujahan mereka. Ia prosedur rutin dan kita perlu tunggu,” kata ketua peguam bela, Douglas Lind kepada The Malaysian Insight.

Link berkata beliau menjangkakan Mahkamah Persekutuan akan menetapkan tarikh sama ada hujung Jun atau Julai untuk rayuan itu didengar.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 10 Mei dengan majoriti mudah, selepas PRU14 pada 9 Mei tahun lalu.

Pelantikannya itu ditarik balik oleh Juhar, hampir serta-merta dan Shafie mengangkat sumpah tidak sampai 48 jam selepas itu, apabila mendapat majoriti lebih besar susulan wakil rakyat Sabah melompat parti. – 10 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan