Iklan

Najib pinda perlembagaan SRC International, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago11th Jun 2019Berita
Src 22 110619 tmiseth 19
Bekas perdana menteri Najib Razak menambah satu klausa dalam perlembagaan SRC International yang menjadikannya penasihat emeritus dan memberinya kuasa untuk mengawal lembaga pengarah, kata bekas pengerusi SRC International Ismee Ismail. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Jun, 2019.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak menambah satu klausa dalam perlembagaan SRC International yang menjadikannya penasihat emeritus dan memberinya kuasa untuk mengawal lembaga pengarah, mahkamah diberitahu hari ini.

Bekas pengerusi SRC International Ismee Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pindaan ke atas perlembagaan itu dibentangkan oleh Najib dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu pada 23 April 2012.

Bagaimanapun kata Ismee, lembaga pengarah hanya mendapat tahu mengenai EGM tersebut hampir dua bulan kemudian ketika diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil pada 8 Jun 2012.

Pindaan bermakna Najib mempunyai kawalan penuh ke atas SRC International yang kemudiannya dimiliki oleh Kementerian Kewangan. Ismee ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata ini juga bermakna Najib menjadi pemegang saham tunggal dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.

Klausa tersebut ditambah di bawah Fasal 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) SRC International.

Ia menyebut bahawa perdana menteri akan dilantik dan memegang jawatan sebagai penasihat emeritus kepada syarikat.

Ia turut menyatakan bahawa penasihat emeritus akan menasihati lembaga pengarah mengenai perkara penting dan lembaga pengarah akan memberi pertimbangan serta melaksanakan sebarang nasihat penasihat emeritus demi kepentingan syarikat.

Najib juga boleh mengawal syarikat melalui CEOnya, tambah Ismee.

Ketika disoal balas oleh peguam bela, Harvinderjit Singh, Ismee berkata beliau tidak tahu bilakah EGM itu diadakan. – 11 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.    

Iklan
Iklan