Iklan

Bekas pengerusi SRC International kata perlu kebenaran Najib untuk buat keputusan 

Bede HongTimothy Achariam5 years ago12th Jun 2019Berita
Src 23 days 120619 tmiseth 10
Bekas pengerusi SRC International Ismee Ismail berkata, beliau memerlukan kelulusan daripada Najib Razak berhubung perkara seperti transaksi dana.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Jun, 2019
Iklan

BEKAS pengerusi SRC International Ismee Ismail memerlukan kelulusan daripada Najib Razak berhubung perkara seperti transaksi dana walaupun cadangan sebelum ini peranan bekas perdana menteri itu lebih banyak dihadkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar hari ini.

Ismee Ismail berkata demikian ketika berhujah dengan peguam bela Harvinderjit Singh berhubung interpretasi minit mesyuarat antara Ketua Pegawai Eksekutif SRC Internationall Nik Faisal Ariff Kamil dan Najib pada 7 September, 2011.

Pertemuan itu membincangkan deposit dana SRC International sebanyak RM1.8 bilion ke dalam bank di Switzerland dan Hong Kong selepas entiti itu menerima pinjaman pertamanya pada pertengahan 2011.

Harvinderjit berkata, minit itu mencadangkan lembaga pengarah SRC International perlu memberikan laporan kepada Najib berhubung urusannya, namun keputusan itu tidak memerlukan kebenaran daripada beliau.

Ismee tidak setuju dan mengatakan sebagai pengerusi lembaga pengarah, beliau masih perlu lapor kepada Najib untuk mendapatkan kebenarannya.

Pertemuan antara Nik Faisal dan Najib berlaku kira-kira seminggu selepas Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mengeluarkan pinjaman pertamanya sebanyak RM2 bilion kepada SRC International.

Pada pertemuan itu, Najib meluluskan deposit RM1.5 bilion ke banks Switzerland BSI Ltd dan RM300 juta lagi ke akaun Julius Baer Group di Hong Kong. Wang itu adalah daripada pinjaman pertama SRC International dari KWAP, yang mana ia dibuat pada 29 Ogos, 2011.

Terdahulu, Ismee memberi keterangan bahawa Nik Faisal memaklumkan kepada lembaga pengarah SRC International berhubung mesyuarat pada 13 September, 2011.

Pihak pembelaan pada Isnin membantah pihak pendakwaan mengeluarkan salinan minit mesyuarat 7 September, mengatakan Najib menyangkal ketulenannya, dan menyifatkan ia sebagai “dokumen palsu”.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan bahawa minit sepatutnya ditandakan ID, untuk tujuan pengenalan, dan tidak difailkan lagi sebagai bukti.

Sementara itu, Ismee turut memberi keterangan hari ini bahawa lembaga pengarah tidak dimaklumkan ke dalam akaun mana wang RM2 juta didepositkan. – 12 Jun, 2019

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan