Lembaga Pengarah SRC International percaya CEO
Iklan
LEMBAGA Pengarah SRC International tidak pernah mengesahkan kenyataan dan arahan Ketua Pegawai Eksekutif Nik Faisal Ariff Kamil yang dikemukakan secara langsung daripada bekas perdana menteri Najib Razak.
Ismee Ismail yang merupakan pengerusi lembaga pengarah SRC International dari 2011 hingga 2014 memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mereka percaya Nik Faisal yang bertindak sebagai “penghubung” antara entiti dan Najib.
“Adakah lembaga pengarah mempunyai tanggapan jika Nik Faisal berkata beliau ada bercakap dengan perdana menteri, maka beliau akan dipercayai? soal peguam Harvinderjit kepada Ismee hari ini.
“Kami (lembaga) mempercayai dia,” jawab Ismee.
Ismee menambah bahawa apabila dia mendapati akaun SRC International untuk tahun 2013 tidak diaudit tetapi masih dibentangkan oleh Nik Faisal kepada lembaga, Ismee secara peribadi menghubungi juruaudit Deloitte untuk mengetahui apa yang berlaku.
Harvinderjit kemudian bertanya kepada Ismee jika dia mempunyai hubungan langsung dengan bekas perdana menteri untuk melaporkan perselisihan ini.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Najib adalah “bos utama” ketika ditanya tentang proses membuat keputusan lembaga itu.
“Anda perlu melihat makna yang tersirat. Anda perlu memahami bagaimana 1MDB bekerja. Saya juga Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, beliau (Najib) adalah bos saya yang utama,” katanya. – 13 Jun, 2019.
Berita penuh di sini.