Iklan

LANGSUNG: Kredibiliti bekas pengerusi SRC International diragui

Bede HongTimothy Achariam5 years ago14th Jun 2019Berita
Najib razak court 201900614 afif 04
Bekas pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Ismee Ismail akan memberi keterangan hari ini untuk hari kelima. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Jun, 2019.
Iklan

PERBICARAAN SRC International Najib Razak memasuki hari ke-25 hari ini dan pasukan pembelaan sekali lagi akan menyoal balas bekas pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Ismee Ismail berhubung beberapa kenyataannya yang tidak konsisten.

Peguam Najib merancang untuk menyoal siasat Ismee yang menjadi saksi ke-39 melalui beberapa kenyataan yang dibuat sepanjang minggu lalu dan menimbulkan keraguan atas kredibilitinya sebagai saksi.

Ismee yang memberi keterangan untuk hari kelima dan menjadi saksi paling lama memberi keterangan mungkin akan disoal jawab lebih jauh untuk percanggahan yang jelas terhadap kenyataan yang dibuatnya.

Perbicaraan semalam ditangguh pada tengah hari selepas hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan peguam untuk menyoal balas dakwaan pencanggahan keterangan lisan Ismee yang diberikan sejak Isnin.

Sebelum pertemuan peguam dengan Nazlan, Ismee telah memberi keterangan bahawa lembaga SRC International mengikuti arahan Najib dalam kapasitinya sebagai pemegang saham ketika menjadi menteri kewangan ketika itu.

SRC International ditubuhkan pada Januari 2011 dan dimiliki oleh 1Malaysia Development Bhd sebelum pemilikan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Inc (MoF), sebuah badan korporat di bawah menteri kewangan. Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Ismee memberi keterangan bahawa lembaga itu membuat keputusan berdasarkan resolusi pemegang saham syarikat itu kelihatan bertentangan dengan bukti awal bahawa lembaga pengarah SRC International mengikut arahan Najib atas kemampuannya sebagai penasihat emeritus.

Perkara itu juga ditegaskan oleh peguam belas Harvinderjit Singh yang mengatakan bahawa kenyataan Ismee tidak menyebut lembaga itu harus bertindak atas resolusi pemegang saham atau Najib adalah pemegang saham SRC.

Peguam bela Shafee Abullah memaklumkan kepada Nazlan: “Kita perlu melihat resolusi pengarah SRC International sekali lagi mengkaji transkrip setakat ini, dengan keperluan lembaga untuk mengambil arahan daripada Najib”.

V Sithambaram juga memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan melalui transkrip mahkamah Ismee sebelum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.

Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 Jun, 2019.

Terdahulu semalam, Ismee memberi keterangan bahawa lembaga SRC International tidak pernah mengesahkan kenyataan dan arahan CEO Nik Faisal Arif Kamil yang mana beliau mendakwa ia diberikan secara langsung oleh Najib.

Ismee berkata lembaga itu yang dipengerusikan dari 2011 hingga 2014 dan Nik Faisal dipercayai bertindak sebagai “penghubung” antara entiti dan bekas perdana menteri.

Ismee awal minggu ini mempunyai percanggahan dengan pasukan pertahanan mengenai tafsiran minit mesyuarat antara Nik Faisal dan Najib pada 7 September 2011.

Mesyuarat itu membincangkan deposit RM1.8 bilion dalam dana SRC International ke bank di Switzerland dan Hong Kong selepas entity menerima pengeluaran pinjaman pertama pada pertengahan 2011.

Pertemuan antara Nik Faisal dan Najib berlaku kira-kira seminggu selepas Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) mengeluarkan pinjaman pertama RM2 bilion kepada SRC International.

Pada mesyuarat itu, Najib didakwa meluluskan deposit RM1.5 bilion ke dalam bank Swiss BSI Ltd dan satu lagi RM300 juta ke Julius Baer Group di Hong Kong. Wang itu daripada pinjaman pertama KWAP kepada SRC International yang dibuat pada 29 Ogos 2011.

Kebenaran minit itu dipertikaikan dan Nazlan bersetuju untuk tidak memfailkannya sebagai bukti.

Nik Faisal kini hilang dan dicari polis.

Tuduhan Najib dalam perbicaraan ini berkaitan dengan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International yang dibuat pada 2011 dan 2012 yang mana beliau dituduh menerima RM42 juta dalam akaunya pada 2014 dan 2015.

Beliau berdepan tiga tuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa.

Jika sabit kesalahan, dia akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Najib, 66, diwakili oleh beberapa peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Peguam Negara Tommy Thomas mengetuai pasukan pendakwaan manakala Hakim Mohd Nazlan mengetuai perbicaraan.

The Malaysian Insight membawakan kepada anda prosiding mahkamah secara langsung: 

12.30pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga Isnin. 

11.40am: Mereka masih meneliti transaksi dan peranan lembaga di dalamnya.

Ismee berkata beliau tidak tahu bila dana itu dipindahkan dari akaun SRC International.

Ketika beliau ke Switzerland untuk mengetahui sama ada RM1.5 bilion selamat dalam akaun itu, beliau tidak tahu sama ada ia adalah sebahagian daripada pinjaman RM2 bilion yang diberikan oleh KWAP kepada SRC International.

11.05am: Harvinderjit meneruskan pemeriksaan balasnya.

11.00am: Mahkamah bersambung semula. V Sithambaram bertemu Nazlan sebelum pemeriksaan balas bermula. Beliau memberitahu hakim bahawa mereka telah menemui dokumen yang telah hilang mengenai resolusi pemegang saham.

10.40am: Mahkamah berhenti rehat selama 10 minit.

9.50am: Harvinderjit meminta Ismee menjelaskan kenyataan diberikannya kepada timbalan pendakwa raya semasa pemeriksaan balas awal minggu ini.

Peguam itu meminta Ismee mengenai resolusi pemegang saham di mana lembaga telah menetapkan pengunaan pinjaman KWAP RM2 bilion.

9.35am: Ismee mengulangi kenyataan terdahulu bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Najib dalam kapasitinya sebagai pengerusi lembaga SRC International dari 2011 dan 2014.

Ismee bersetuju dengan kenyataan Harvinderjit bahawa Najib bukan pemegang saham SRC International pada awal 2012 dan entiti tersebut dimiliki oleh Kementerian Kewangan Inc.

Ismee bagaimanapun berpendapat keputusan lembaga itu adalah mengikut arahan Najib.

9.30am: Ismee memberi keterangan dan menyambung keterangannya mengenai peranan Najib di SRC International. Peguam pertahanan Harvinderjit Singh menyoal balas. – 14 Jun, 2019.

Iklan
Iklan