Peguam Najib minta masa tambahan, tak dapat soal Ismee
Iklan
BEKAS pengerusi SRC International Ismee Ismail tidak disoal hari ini berkaitan percanggahan yang dikatakan wujud antara keterangan lisannya dan keterangan bertulis direkod agensi pencegahan rasuah tahun lepas.
Peguam Harvinderjit Singht memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumput Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang pihak pembelaan akan membangkitkan dakwaan berlaku percanggahan dalam keterangan Ismee pada tarikh akan ditetapkan kelak kerana mereka masih memerlukan masa meneliti keterangan lisannya sepanjang minggu lepas.
Percanggahan dalam keterangan itu menyentuh dakwaan yang lembaga pengarah SRC International bersetuju untuk menggunakan perjanjian tidak terikat, bahawa ia bertindak atas nasihat bekas perdana menteri Najib Razak atas kapasitinya sebagai pemegang kepentingan.
Pihak pembela berkata ini bercanggah dengan keterangan bertulis Ismee, yang berkata lembaga pengarah mengikut arahan Najib sebagai penasihat emeritus.
Ismee juga berkata beliau tidak mengetahui syarikat melantik pengurus perhubungan untuk menguruskan akaun syarikat di AmBank.
Beliau berkata, lembaga pengarah juga tidak dimaklumkan tentang pemilikan syarikat dipindahkan kepada Kementerian Kewangan pada Februari 202, tidak lama selepas itu, kerajaan memberikan jaminan untuk pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Beliau turut mengulangi kenyataan awalnya bahawa beliau tidak pernah bertemu Najib atas kapasitinya selaku pengerusi lembaga SRC. – 14 Jun, 2019.