Iklan

Saksi setuju bekas ketua SRC International mungkin subahat tipu lembaga pengarah

Bede HongTimothy Achariam5 years ago17th Jun 2019Berita
Najib razak src 201900617 afif 12 (1)
Bekas pengerusi SRC International Ismee Ismail setuju dengan cadangan peguam Najib Razak bahawa lembaga pengarah mungkin ditipu pengurusan SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 17 Jun, 2019.
Iklan

BEKAS CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil mungkin bersubahat dengan bekas pengarah Suboh Md Yassin untuk menipu lembaga pengarah dalam urusan berkaitan sebuah syarikat pembinaan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan hari ini.

Bekas pengerusi Ismee Ismail ketika soal balas hari ini bersetuju dengan cadangan peguam bela Harvinderjit Singh bahawa kedua-dua lelaki itu “tidak jujur” dengan lembaga pengarah pada 2014 apabila mereka tidak memaklumkan tentang pelaburan RM140 juta yang didakwa dibuat ke atas sebuah usahasama perlombongan Amerika Selatan.

Perjanjian itu melibatkan anak syarikat SRC International, Gandingan Mentari untuk melabur RM140 juta terhadap Putra Perdana Construction dengan pembahagian keuntungan 70-30.

Ismee berkata beliau tidak dimaklumkan tentang pemindahan awal tiga transaksi berbeza berjumlah RM170 juta daripada SRC International kepada Putra Perdana antara Julai dan Ogos 2014.

Beliau tidak menyedari kewujudan wang tersebut kerana Nik Faisal dan Suboh tidak memaklumkan lembaga pengarah tentangnya. Beliau juga bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa Suboh mungkin bersubahat dengan Nik Faisal.

Bulan lepas, seorang pegawai kanan Maybank memberitahu mahkamah yang RM170 juta keluar daripada SRC International kepada Putra Perdana pada pertengahan 2014.

Daripada jumlah tersebut, RM140 juta dipindahkan kembali ke dalam SRC International daripada Putra Perdana, yang bertindak sebagai hub transaksi lain, termasuk ke dalam sebuah akaun peribadi AmBank tidak dinamakan.

Putra Perdana adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan dan hartanah yang pernah dikawal Low Taek Jho.

Putrajaya Perdana dilaporkan dijual pada 2008 kepada UBG Bhd, yang dikaitkan dengan keluarga Gabenor Sarawak Taib Mahmud.  Taib ketika itu adalah ketua menteri Sarawak.

UBG kemudian diambil alih oleh Petrosaudi International Ltd (Seychelles), dilaporkan dengan bantuan pinjaman daripada 1Malaysia Development Berhad pada 2010. Syarikat itu kemudiannya dijual kepada Cendana Destini Sdn Bhd pada 2012.

Ketika sesi soal balas pagi tadi, Harvinderjit mencadangkan yang Nik Faisal memanipulasi kerajaan dan lembaga pengarah SRC International kerana beliau adalah “penghubung” kedua-duanya. Ismee berkata, kemungkinan itu wujud. – 17 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan