Rosmah tinggalkan mahkamah selepas kehadirannya dibantah
Iklan
ROSMAH Mansor meninggalkan perbicaraan SRC International suaminya Najib Razak selepas pihak pendakwaan membantah kehadirannya ketika muncul di galeri awam mahkamah hari ini.
Berpakaian baju kurung merah, ia adalah penampilan pertama Rosmah pada perbicaraan suaminya sejak bermula awal April lalu.
Beliau duduk bersama peguamnya K Kumaraendran ketika perbicaraan bermula selepas jam 9.30 pagi.
Pendakwa V Sithambaram membantah kehadiran Rosmah dan menegaskan bekas perdana menteri itu sudah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mungkin berpotensi dipanggil sebagai saksi.
“Oleh itu, dia tidak dibenarkan untuk mendengar perbicaraan,” katanya kepada mahkamah.
Bagaimanapun sebelum Hakim Nazlan membuat keputusan, Rosmah keluar dari mahkamah disertai Kumaraendran.
Rosmah dilihat bercakap sesuatu dengan nada perlahan ketika keluar dari bilik mahkamah.
Beliau kemudiannya pergi ke lobi mahkamah dan menaiki Proton Perdana berwarna hitam sebelum meninggalkan pekarangan mahkamah. – 18 Jun, 2019.
Berita penuh di sini.