Iklan

Najib sertai mesyuarat yang tak sepatutnya beliau hadir, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago18th Jun 2019Berita
Najib razak src
Bekas perdana menteri Najib Razak ketika menghadiri perbicaraan kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2019.
Iklan

BEKAS timbalan ketua setiausaha (Kabinet), Mazidah Abdul Majid akan menyambung keterangan dalam perbicaraan kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak selepas salinan kod etika menteri dikemukakan kepada mahkamah esok.

Kod etika tersebut adalah panduan mengenai tatakelakuan menteri yang perlu dipatuhi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Mahkamah memutuskan demikian selepas Mazidah tidak pasti sama ada keterangannya akan melangar kod etika dan Akta Rahsia Rasmi.

Peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah memohon pemeriksaan balasnya terhadap Mazidah, 70, ditangguhkan ke esok pagi.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Mazidah memberitahu mengenai empat Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan SRC International antara 2011 dan 2015. Minit mesyuarat yang dirujuk kepada mahkamah tetapi tidak dibacakan, didedahkan pada perbicaraan ini.

Menurutnya, empat menteri termasuk Najib, bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin dan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein meminta untuk meninggalkan Mesyuarat Jemaah Menteri atas alasan konflik kepentingan.

Mazidah berkata mereka meninggalkan mesyuarat selepas mendapati terdapat konflik kepentingan dalam memorandum yang dibincangkan oleh Kabinet.

Najib meninggalkan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang membincangkan memorandum melibatkan CIMB Bank yang ketika itu dipengerusikan adiknya, Nazir Razak.

Ketika ditanya mengapa Najib berbuat demikian, Mazidah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali perbincangan itu mungkin kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.

“Jika saya dibenarkan untuk dedahkan perkara ini, saya akan beritahu,” katanya. Pendakwa raya V. Sithambaram kemudian berkata perkara itu ditentukan oleh Kabinet sekarang. 

Selepas Hakim Nazlan berkata keterangannya tergantung, Shafee berkata mahkamah boleh mengagak bahawa Najib tinggalkan mesyuarat disebabkan adiknya, Nazir adalah pengerusi CIMB Bank ketika itu. – 18 Jun, 2019.     

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan