LANGSUNG: Kerajaan hutang KWAP RM4.15 bilion kerana tunggakan SRC International
Iklan
PERBICARAAN kes SRC International melibatkan Najib Razak masuk hari ke-28 hari ini, dengan saksi ke-40, bekas timbalan ketua setiausaha kabinet Mazidah Abdul Majid menyambung memberi keterangan.
Pagi ini, beliau akan disoal balas oleh pihak pembelaan mengenai menteri yang keluar daripada mesyuarat kerana konflik kepentingan.
Keterangannya semalam ditangguh kerana peguam utama Najib, Shafee Abdullah memohon kod etika kementerian, yang merupakan garis panduan kelakuan menteri dalam mesyuarat Kabinet diserahkan kepada mahkamah.
Mazidah, 70, juga berkemungkinan besar akan merujuk kepada salinan asal minit mesyuarat diserahkan kepada mahkamah selepas pendakwa raya dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata ia tidak akan melanggar undang-undang kerahsiaan.
Semalam, beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang empat mesyuarat Kabinet antara 2011 dan 2015 berkaitan SRC International. Minit mesyuarat yang dirujuk mahkamah tetapi tidak dibacakan dibatalkan status rahsia untuk perbicaraan kes ini.
Mazidah berkata, menteri termasuklah Najib, bekas menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin dan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussain pernah mengecualikan diri mereka daripada mesyuarat Kabinet sebelum ini kerana konflik kepentingan.
Mazidah menjelaskan menteri tersebut meninggalkan mesyuarat selepas didapati mereka ada kepentingan dalam memorandum yang dibincangkan Kabinet.
Beliau memberitahu satu kejadian apabila Najib meninggalkan mesyuarat kerana memorandum dibincangkan Kabinet melibatkan CIMB Bank, Shafee membuat andaian ia adalah kerana adik Najib, Nazir Razak adalah pengerusi bank itu pada ketika itu.
Beliau juga berkata menteri Barisan Nasional tidak membantah apabila Najib memohon kebenaran Kabinet pada Ogos 2011 dan Februari 2012 untuk pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International.
Pertuduhan ke atas Najib dalam kes ini berkaitan dengan pinjaman itu, beliau didakwa menerima RM42 juta ke dalam akaunnya pada 2014 dan 2015.
Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
Najib,66, diwakili barisan peguam diketuai Shafee, manakala Peguam Negara Tommy Thomas menerajui pihak pendakwaan, Hakim Nazlan mendengar kes.
The Malaysian Insight membawakan siaran langsung perbicaraan hari ini:
5.15pm: Mahkamah ditangguhkan dan perbicaraan diteruskan esok.
4.56pm: Farhan bertanya mengenai istilah “Event of Default” dalam kenyataannya.
4.30pm: Saksi ditanya mengenai prosedur biasa bagaimana memorandum dibentangkan dalam mesyuarat kabinet.
3.50pm: Afidah mengatakan skop kerja beliau adalah untuk menyediakan memorandum untuk perbincangan di mesyuarat kabinet. Saksi tidak mempunyai urusan lain dengan mesyuarat kabinet.
3.10pm: Farhan memberitahu hakim bahawa pasukan pembelaan sedang menetapkan proses jaminan kerajaan kerana merasakaan kenyataan saksi dibuat dengan cara yang tidak difahami prosedurnya.
2.52pm: Farhan mengambil alih pemeriksaan balas. Beliau menyemak keterangan saksi.
2.46pm: Harvinderjit bertanya sekiranya MoF telah membuat usul untuk mendapatkan wang beku di Switzerland. Beliau bersetuju.
2.38pm: Mahkamah bersambung dengan Afidah memberikan keterangan.
Harvinderjit bertanya sekiranya dia sedar pertemuan tahun lepas antara Lim Guan Eng, Tommy Thomas dan Peguam Negara Switzerland.
Beliau mengatakan tidak menyedari pertemuan itu.
1.06pm: Mahkamah berhenti rehat.
12.45pm: Harvinderjit menyemak keterangan saksinya sambil bertanya tentang kriteria jaminan kerajaan.
12.30pm: Harvinderjit bertanya bila Afidah merujuk kepada menteri kewangan dalam keterangannya, adakah beliau bermaksud menteri kewangan atau menteri kewangan kedua.
Saksi mengambil masa untuk menjawab dan kemudian berkata menteri kewangan.
12.13pm: Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangannya pada 2015 dan 2018.
Harvinderjit: Jadi, boleh kita katakan anda memberi antara empat hingga lima keterangan?
Afidah: Ya.
12.10pm: Suhaimi mengakhiri soalannya dan Harvinderjit Singh memulakan soal balas.
12.05pm: Afidah berkata pelantikan lembaga pengarah, pengarah urusan dan CEO untuk SRC International dilakukan oleh perdana menteri.
11.56am: Suhaimi sambung menyoal Afidah.
11.17am: Mahkamah berhenti rehat.
11.14am: Katanya, sesebuah syarikat yang meminta jaminan kerajaan akan dikaji dulu sebelum MoF membuat keputusan.
“Mereka perlu meneliti dokumen syarikat itu untuk memastikan adakah jaminan boleh diberikan.”
Katanya, untuk SRC International, prosedur itu tidak dipatuhi.
“Jaminan kerajaan diberikan berdasarkan kata-kata mereka. Tidak ada dokumen diberikan oleh SRC International kepada kementerian untuk dikaji dan disahkan.”
11.12am: Suhaimi meminta saksi menjelaskan terma pinjaman dalam penyata saksinya. Beliau juga diminta mengenal pasti Nik Faisal Arif Kamil daripada gambar.
11.04am: Saksi berkata pinjaman SRC International daripada KWAP akan berakhir pada 2022, 10 tahun selepas ia diluluskan.
Afidah berkata baki yang perlu kerajaan bayar pada KWAP ialah RM4.15 bilion.
11.01am: Afidah berkata hanya RM290 juta daripada RM300 juta digunakan, tidak ada bayaran balik kepada MoF. Katanya kerajaan masih membayar faedah kepada KWAP.
10.59am: Katanya, walaupun ada bayaran tunggakan, MoF bersetuju memberi SRC International sebanyak RM300 juta lagi.
10.58am: Katanya, sehingga 2017, SRC International mengambil pinjaman hampir RM305 juta daripada MoF (RM92 juta + RM213 juta).
10.56am: Pada 2017, SRC International meminta RM300 juta lagi pinjaman untuk membayar faedah kepada pinjaman RM4 bilion daripada KWAP. Bayaran tidak dibuat sejak Mac 2017.
10.54am: Afidah berkata sepanjang pengetahuannya, SRC International tidak menggunakan sepenuhnya RM250 juta pinjaman kredit sedia ada. Wang yang dikeluarkan berjumlah RM213 juta. Katanya, SRC International tidak pernah membayar balik pinjamannya kepada MoF. Katanya, SRC International juta tidak membayar faedah kepada pinjaman daripada KWAP.
10.49am: Saksi berkata, SRC International tidak pernah membayar bayar pinjaman RM92 juta kepada MoF. Syarikat itu tidak membayar faedah kepada KWAP juta. SRC International meminta pinjaman bailout jangka pendek kedua daripada MoF, dan diberikan pinjaman “stand-by-credit” sehingga RM250 juta untuk bayaran tunggakan faedah kepada KWAP.
10.43am: Afidah berkata bailout RM92 juta diatur supaya pinjaman SRC International kepada KWAP tidak tertunggak. Jika ada tunggakan, MoF sebagai penjamin pinjaman itu terpaksa membayar semua KWAP pinjaman RM4 bilion itu dalam tempoh 30 hari bekerja.
10.40am: Katanya mesyuarat diadakan antara MoF, KWAP dan SRC International pada September 2015 untuk menyelesaikan isu itu. Ia dipengerusikan oleh ketua setiausaha Perbendaharaan pada masa itu Irwan Serigar Abdullah.
Pada mesyuarat itu, dimaklumkan bahawa wang SRC International di Switzerland dibekukan dan mereka tidak membayar balik sebarang bayaran faedah kepada pinjaman yang diambil daripada KWAP.
10.38am: Berdasarkan kepada surat dikeluarkan oleh KWAP, Afidah menulis surat kepada SRC International, meminta penjelasan terhadap bayaran faedah yang tidak dibuat. Saksi tidak menerima sebarang jawapan.
10.35am: Afida berkata MoF, sebagai penjamin kepada pinjaman SRC International, perlu tahu bayaran faedah yang dibuat kepada KWAP.
Katanya, sehingga 2 Mac, 2015, SRC International ada tunggakan bayaran faedah.
KWAP menulis surat kepada MoF pada 28 Ogos, 2015, meminta tunggakan bayaran faedah dijelaskan serta-merta.
10.28am: Afidah berkata dua jaminan kerajaan terhadap pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada KWAP bermaksa MoF akan membayar faedah akru pada pinjaman itu. katanya, jaminan kerajaan itu ditandatangani oleh menteri kewangan pada masa itu, Najib Razak.
10.26am: Beliau berkata KWAP membenarkan pinjaman kepada SRC International sebelum kerajaan menjaminnya. Ini kali pertama berlaku sepanjang pengalamannya bekerja.
10.15am: Saksi berkata pada 17 Ogos, 2011, Nik Faisal datang ke MoF meminta jaminan kerajaan terhadap pinjaman KWAP sebanyak RM4 bilion yang diperoleh SRC International.
10.11am: Shafee mencelah, berkata saksi sepatutnya dibenarkan menghabiskan keterangannya sebelum disoal. katanya, soalan tambahan sepatutnya ditanya selepas saksi habis membacanya. Nazlah bersetuju, dan Suhaimi tidak membantah.
10.09am: Pendakwa raya Suhaimi Ibrahim menyoal Afidah.
10.02am: Katanya, pada 15 Ogos, 2011, eksekutif SRC International bertemu pegawai Perbendahraan. Katanya, Nik Faisal hadir pada hari itu.
9.55am: Saksi ke-41 Afida Azwa Abdul Aziz, 44. Beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan pada 2001 sebagai penolong setiausaha Jabatan ekonomi.
9.47am: Sithambaram memaklumkan kepada hakim bahawa pihak pendakwa memperoleh dokumen yang diminta dan sudah menyerahkannya kepada Shafee.
Beliau mohon Nazlan masa untuk menyemaknya dan meneruskan prosiding dengan saksi berikutnya.
Shafee menguncapkan terima kasih kepada Sithambaram untuk dokumen itu dan bersetuju. Shafee mohon kepada hakim mengarahkan Mahzida datang esok.
Hakim bersetuju meneruskan prosiding dengan saksi ke-41.
9.40am: Thomas dan Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram masuk ke dewan mahkamah.
9.30am: Najib duduk di galeri awam, menunggu prosiding bermula.