Pinjaman SRC International dipercepatkan kerana ia ‘syarikat PM’
Iklan
PASUKAN peguam bela Najib Razak hari ini membantah keterangan pegawai Kementerian Kewangan (MoF) bahawa permohonan pinjaman SRC International disegerakan kerana “ia syarikat PM”.
Afidah Azwa Abdul Aziz, timbalan setiausaha di jabatan pelaburan strategik MoF, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau bertanya kepada pegawai atasannya, Maliami Ahmad, kenapa permohonan itu disegerakan.
Ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim apa jawapannya, Afidah berkata Maliami menjawab: “Ia arahan daripada atasan.”
Afidah berkata Maliami menambah:”Ini syarikat PM.”
Peguam Mohd Yusof Zainal Abiden membantah, berkata ia hearsay. Pendakwa raya ad hoc V. Sithambaram berkata Maliami ialah antara saksi yang akan memberi keterangan, dan keterangannya nanti akan menyokong keterangan Afidah.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan keterangan Afidah akan diterima di mahkamah tetapi kebenarannya akan ditentukan kemudian ketika Maliami memberi keterangan. – 20 Jun, 2019.
Berita penuh di sini.