Iklan

Saksi utama kes SRC International hadir di mahkamah

Bede HongTimothy Achariam5 years ago20th Jun 2019Berita
Suboh Src 29 200619 tmiseth 09
Berpakaian suit hitam, bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin kelihatan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 Jun, 2019.
Iklan

BEKAS pengarah SRC International Suboh Md Yassin, yang diletakkan di bawah program perlindungan saksi, hadir di mahkamah hari ini untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwa ke-42.

Suboh kelihatan berjalan perlahan menggunakan tongkat ke kandang saksi ketika namanya dipanggil oleh pihak pendakwa raya.

Suboh, 68, yang melarikan diri selama tiga tahun, menyerah diri pada Jun tahun lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau memakai suit hitam dan kemeja berkolar warna putih. Beliau membaca keterangan saksinya perlahan-lahan.

Sumber daripada agensi anti rasuah memberitahu akhbar bahawa Suboh diletakkan di bawah perlindungan saksi kerana mereka percaya nyawanya dalam bahaya walaupun tiada ugutan khusus dilaporkan.

Mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, saksi utama akan ditempatkan di lokasi rahsia yang selamat sehingga perbicaraan menetapkan beliau untuk memberi keterangan.

Suboh sering dinamakan sebagai individu utama dalam transaksi SRC International, yang kedua selepas bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil yang masih menghilangkan diri dan dipercayai menetap di Indonesia, menurut laporan.

Setakat ini, keterangannya sebelum mahkamah berhenti rehat tadi, menyentuh tentang penubuhan SRC International sehingga membawa kepada permohonan pinjamannya yang pertama sebanyak RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) pada 2011. – 20 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan