Iklan

‘Pihak atas’ adalah Najib, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago20th Jun 2019Berita
Src 22 110619 tmiseth 12 (1)
Bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin hadir sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 20 Jun, 2019
Iklan

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil merujuk kepada Najib Razak apabila terdapat rujukan kepada “pihak atas” yang mahukan cadangan atau transaksi dipercepatkan.

Suboh Md Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berkhidmat sebagai pengarah di SRC International dari 2011 hingga 2015 tetap beliau tidak dapat membuat keputusan kerana segala perkara dibawa kepada Najib oleh Nik Faisal.

Satu contoh ialah bagaimana geran RM250 juta disegerakan oleh lembaga kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd yang dilantik pada 3 September 2014 untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat untuk SRC International.

Suboh berkata, lembaga SRC International pertama kali berhubung dengan CSR apabila Nik Faisal mencadangkan agar entiti kerajaan membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Nik Faisal mendesak untuk mempercepatkan kelulusan geran untuk membantu mangsa banjir secepat mungkin.

“Pada pendapat saya, pemberian RM250 juta adalah sangat besar dan harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan kelulusan bertulis yang merupakan resolusi lembaga pengarah.

“Saya bertanya soalan mengenai peraturan syarikat dan isu berkaitan pematuhan kerana RM250 juta melibatkan penggunaan dana SRC International.

“Nik Faisal berkata “ia akan dijaga” dan menambah perkara itu telah diluluskan oleh pihak atas.

“Pada pendapat saya, “pihak atas” seperti yang disebut oleh Nik Faisal adalah rujukan kepada Datuk Seri Najib yang merupakan penasihat emeritus kepada SRC.

“Oleh itu saya diam dan perkara itu tidak dibincangkan lagi,” katanya. – 20 Jun, 2019

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan