Iklan

Penerima duit 1MDB ikrar lawan di mahkamah

Iklan

PARTI politik yang dinamakan dalam permohonan lucut hak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima dana RM270 juta daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata, langkah itu akan memberi mereka peluang untuk membersihkan nama di mahkamah.

Mereka mengisytiharkan tidak tahu di mana dana itu berasal atau dimaklumkan tentang sumber pembiayaan yang diterima daripada Perdana Menteri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Wanita MCA dan Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang yang kedua-duanya dinamakan sebagai penerima dana 1MDB berkata, mereka mengalu-alukan langkah SPRM itu kerana ia membolehkan mereka membersihkan nama di mahkamah.

Mereka berkata, pihaknya menerima wang itu sebelum PRU13 pada 2013 tetapi tidak tahu dari mana wang itu datang.

“Wanita MCA dan MCA Pahang sedang meminta nasihat undang-undang daripada peguam kami yang mengendalikan perkara itu untuk membuktikan kami tidak bersalah di mahkamah,” kata mereka dalam kenyataan itu.  

Dalam apa yang dikatakan dalam saman sivil terbesar dalam sejarah Malaysia, SPRM menamakan 41 penerima dan entiti dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya hari ini berkata, wang yang diterima daripada 41 penerima adalah dari dana 1MDB yang ada dalam akaun AmBank peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.

Latheefa berkata, daripada RM270 juta, RM212 juta diberikan kepada Umno.

Parti politik di Sabah yang dinamakan dalam saman itu juga mengatakan mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. – 21 Jun, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan