Iklan

Malaysia kekal di Tahap 2 dalam laporan pemerdagangan orang

Timothy Achariam5 years ago22nd Jun 2019Berita
Illegal immigrants operation 050817 tmiseth 017
Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (TIP) juga menyebut aktiviti rasuah masih lagi berleluasa dalam proses pengambilan pekerja asing di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2019.
Iklan

MALAYSIA kekal di Tahap 2 dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang (TIP).

“Kerajaan Malaysia tidak memenuhi piawaian minimum bagi penghapusan pemerdagangan orang, tetapi sedang giat berusaha untuk berbuat demikian,” menurut laporan itu.

Ia turut menyatakan bahawa usaha tersebut termasuklah lebih ramai pesalah didakwa, mengeluarkan lebih banyak kebenaran untuk kebebasan mangsa dari tempat perlindungan, dan menyediakan tempat perlindungan tambahan bagi mangsa pemerdagangan perempuan dewasa.

Namun, laporan itu mendakwa usaha yang diambil kerajaan itu “tidak menampakkan hasil yang lebih baik berbanding tahun lalu”.

Di bawah Tahap 1, kerajaan bagi sesebuah negara itu memenuhi piawaian minimum Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan (TVPA). Manakala Tahap 2 adalah bagi negara yang kerajaannya tidak sepenuhnya memenuhi piawaian minimum TVPA, tetapi melakukan usaha penting ke arah itu.

Negara yang berada di bawah Tahap 3 pula langsung tidak melakukan sebarang usaha untuk memperbaiki rekod atau piawaian mereka.

Laporan juga menyebut aktiviti rasuah masih lagi berleluasa dalam proses pengambilan pekerja asing di Malaysia. – 22 Jun, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan