Iklan

Shafie pertahan projek empangan

Jason Santos5 years ago27th Jun 2019Berita
 imj8121-01
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri di Wisma Muis, Kota Kinabalu hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 27 Jun, 2019
Iklan

MOHD Shafie Apdal menyatakan keperluan untuk mempertimbangkan kebajikan majoriti rakyat di Sabah berhubung langkah untuk meneruskan pembinaan empangan di Papar dan projek pembangunan di Tanjung Aru.  

“Empangan itu satu keperluan. Ia bukan sahaja untik penduduk di Penampang, tetapi juga di Papar, Kota Kinabalu dan lain-lain..Kita perlu melihat bagaimana ia memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya, dan bukan hanya di kawasan tertentu,” kata ketua menteri itu ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri di Wisma Muis, Kota Kinabalu hari ini.

Mengenai projek Tanjung Aru Eco Development (TAED), Shafi yang juga Ahli Parlimen Semporna, mengulangi pendirian untuk melihat kepada kepentingan seluruh rakyat Sabah yang menjadi keutamaan.

“Saya sedia maklum TAED berdepan bantahan berhubung pemuliharaan alam, dan terdapat bantahan keras daripada kumpulan masyarakat sivil. 

“Kami sedar perkara ini, dan akan mengambil kira bantahan mereka. Kami kini melihat, mungkin, untuk mengecilkan projek itu. Sebagai contoh, sesetengah kawasan tidak akan dibangunkan (seperti yang dirancang pada awalnya). “

Selasa lalu, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan projek empangan Papar dan TAED.

Menurutnya, empangan itu perlu bagi memenuhi keperluan pertumbuhan populasi dan peningkatan aktiviti pelancongan selepas projek itu siap. 

Projek empangan berkenaan bernilai RM3 bilion, manakala projek TAED bernilai RM7 bilion. Kedua-dua projek mula diperkenalkan oleh kerajaan negeri terdahulu yang diterajui Barisan Nasional.

Terdapat tetangan hebat oleh kumpulan masyarakat sivil dan ahli politik di negeri itu, termasuk Jannie Lasimbang dan Adrian Lasimbang dari DAP. serta pemipin dari Parti Warisan Sabah Darell Leiking dan Junz Wong. 

Kumpulan aktivis itu berang selepas kerajaan negeri yang diterajui Warisan membuat pusingan-U berhubung projek terbabit. 

Shafie bagaimanapun berkata, rakyat Sabah perlu pertimbangkan dan berfikir secara rasional berhubung projek berkenaan. 

Beliau mengambil contoh bantahan rakyat Sarawak terhadap projek empangan Bakun sebelum ini, yang kini mampu menjana pendapatan dengan penjualan bekalan elektrik ke negara jiran Borneo.

“Kini mereka bekalkan kepada Brunei dan ke Sabah. Rakyat Sarawak kini menikmati hasil daripada pengorbanan mereka.”

Tambahnya, beliau memahami bantahan dua projek di Sabah itu dan mengatakan beliau “merasakan perkara yang sama” apabila cadangannya untuk pindahkan kem Lok Kawi ke Semporna, bagi mengawal keselamatan di wiayah pantai timur terbukti tidak berjaya. – 27 Jun, 2019

Iklan
Iklan