Iklan

Jangan jadikan pendidikan 'politik bola sepak', kata Rafidah

Timothy Achariam5 years ago29th Jun 2019Berita
Rafidah aziz tmikamal 01
Rafidah berkata ahli politik tidak patut menggunakan pendidikan sebagai 'politik bola sepak' untuk memecahbelahkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Jun, 2019.
Iklan

RAFIDAH Aziz memberi amaran bahawa pendidikan negara tidak perlu dipolitikkan dan semua usaha perlu tertumpu terhadap kemajuannya demi kepentingan generasi kini dan masa depan.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ahli politik tidak patut menggunakan pendidikan sebagai ‘politik bola sepak’ untuk memecahbelahkan negara.

“Jangan politikkan pendidikan. Jangan jadikannya politik bola sepak. Pendidkan adalah tentang masa depan negara dan kepentingan generasi kini dan akan datang,” katanya kepada media pada satu forum bertajuk “Keadaan sebenar dan perjalanan sistem pendidikan Malaysia’. – 29 Jun, 2019.

Beliau berkata pendidikan terletak kepada semua pihak untuk mencari jalan bagi menyatukan sistem pendidikan berbanding memecahkannya.

“Hentikan elemen perpecahan. Cari jalan untuk satukan rakyat,” katanya.

Rafidah berkata tindakan mempolitikan pendidikan akan mengganggu semua perubahan dan ahli politik perlu melibat matlamat bersama, bukannya memancing undi.

“Jangan politik pendidikan kerana ia akan mengganggu semua perubahan. Cuba ubah sesuatu perkara untuk kebaikan. (Ahli politik) Sebaliknya melihat manfaat yang mereka boleh dapat daripada golongan belia terutamanya undi,” katanya.

Katanya sebarang dasar pendidikan perlu menyatukan negara, bukannya memecahbelahkan.

Beliau juga berkata sebarang dasar pendidikan perlu mengelak mengulangi kesilapan lama dan menjadi bukti pada masa depan.

“Kita perlu mempunyai satu dasar pendidikan yang menjadi bukti masa depan. Ini bermakna kita mempunyai polisi yang fleksibel dan boleh berubah mengikut masa tetapi prinsip asal tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata pendidikan menjadi medan politik oleh kerajaan terdahulu selama 61 tahun dan tidak patut menyalahkan kerajaan sekarang atas perkara itu.

“Kita tidak boleh salahkan Pakatan Harapan sebab ini. Ia sudah berlaku berpuluh tahun,” katanya.

Beliau berkata tahap piawaian Sekolah Kebangsaan perlu ditingkatkan dengan menjadikan strukturnya betul dan mengikut peredaran masa. – 29 Jun, 2019.

Iklan
Iklan