Iklan

Nik Faisal ‘palsukan’ dokumen SRC International, dakwa peguam Najib

Bede HongTimothy Achariam5 years ago1st Jul 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 80 08
Peguam Najib Razak mendakwa bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil memalsukan dokumen syarikat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 1 Julai, 2019.
Iklan

BEKAS CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil memalsukan tandatangan bekas pengarah bukan eksekutif Suboh Md Yassin untuk dokumen bank, kata peguam bela Najib Razak di mahkamah hari ini.

Peguam Mohd Shafee Abdullah berkata tandatangan Suboh sebenarnya dipalsukan. Beliau berkata, tandatangan dalam transaksi bank yang diimbas dan diberikan kepada AmBank tidak menyerupai salinan asal.

LANGSUNG: Perbicaraan SRC International Najib Razak hari ke-30

Shafee: Saya menyimpulkan yang tandatangan anda dalam salinan kertas dipalsukan dan tandatangan itu discan kemudian diubah sebelum diletakkan di atas dokumen dan dihantar kepada bank seolah-olah ia dokumen tulen.

Dalang disebalik pemalsuan ini tidak lain tidak bukan adalah Nik Faisal…saya katakan kepada awak yang Nik Faisal palsukan tandatangan awak, scan tandatangan palsu itu kemudian hantar kepada bank. Adakah awak setuju?

Suboh: Mungkin.

Shafee: Percaya sepenuhnya kepada CEO tidaklah salah sepenuhnya, dengan syarat awak ada CEO yang jujur bukan penyangak. Mungkin, dia (Nik Faisal) seorang penyangak.

Suboh: Kalau dikenang kembali, ya.

Shafee: Jika awak tahu perkara ini, adakah awak akan periksa? Kehadiran awak dalam lembaga pengarah adalah untuk menyediakan semak imbang kepada mereka.

Suboh: Ya.

Shafee: Nik Faisal perdaya awak dalam semua perkara yang dia bawa kepada awak?

Suboh: Ya.

Shafee: Malah, Nik Faisal kata jangan bimbang, saya ada orang atas. Jika dia boleh tipu awak tentang tandatangan, dia juga boleh tipu awak tentang dia bercakap dengan orang atas. Dia kata dia dah dapat kebenaran.

Suboh bersetuju tetapi menambah yang ia mungkin kegagalan sistem ketika itu. – 1 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan