Najib mohon tangguh perbicaraan
Iklan
NAJIB Razak akan memohon di Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya supaya beliau boleh hadir sidang Dewan Rakyat dan menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen, kata peguamnya.
Ahli parlimen Pekan itu akan memfailkan permohonan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada Isnin memutuskan bahawa bekas perdana menteri itu tidak boleh meninggalkan mahkamah semasa perbicaraan kesnya.
Ketua peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah pasukannya memerlukan salinan keputusan Nazlan itu untuk disertakan bersama afidavit.
Najib mahu menghadiri sesi perbahasan Dewan Rakyat mengenai rang undang-undang mewajibkan ahli Parlimen mengisytiharkan harta dan rang unda-undang had umur mengundi. Sesi perbahasan akan berlangsung dalam masa dua minggu. Dewan Rakyat akan bersidang sehingga 18 Julai.
Isnin lalu, Nazlan memutuskan bahawa walaupun Najib adalah seorang ahli Parlimen, beliau dihadapkan dengan tujuh pertuduhan jenayah.
Tambah hakim, Najib boleh menghadiri sidang Parlimen pada hari perbicaraan tidak dijalankan.
Peguam Negara Tommy Thomas membantah permohonan pasukan peguam bela dan berkata Najib perlu menerima layanan yang sama seperti mana-mana tertuduh kes jenayah lain. – 3 Julai, 2019.