Iklan

Nik Faisal berpengaruh walau bukan lagi CEO SRC International, kata saksi

Bede HongTimothy Achariam5 years ago3rd Jul 2019Berita
Suboh md yassin
Bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela yang mengatakan bahawa Nik Faisal Ariff Kamil tidak lagi berkuasa selepas perkhidmatannya ditamatkan pada 11 Ogos 2014. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Julai, 2019.
Iklan

NIK Faisal Ariff Kamil masih mempunyai pengaruh ke atas lembaga pengarah SRC International walaupun tidak lagi jadi ketua pegawai eksekutif (CEO), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, hari ini.

Saksi, bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin tidak bersetuju dengan cadangan peguam bela yang mengatakan bahawa Nik Faisal tidak lagi berkuasa selepas perkhidmatannya ditamatkan pada 11 Ogos 2014.

Pegumam bela, Harvinderjit Singh menekankan bahawa Nik Faisal berhenti sebagai CEO pada 1 September 2014 dan tempatnya kemudian diambil oleh Azhar Osman Khairuddin.

Harvinderjit: Kuasa Nik Faisal sebagai CEO tamat pada 1 September?

Suboh: Tidak juga. Dia masih ada di sana sebagai pengarah ekeskutif.

Harvinderjit kemudian menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah SRC International yang menyatakan lembaga pengarah kecewa dengan penyata kewangan 2013 tidak difailkan.

Minit mesyuarat itu juga menyebut lembaga pengarah dikelirukan, dan hanya mendapat tahu mengenai perkara itu melalui laporan The Edge. Turut dinyatakan bahawa bekas pengerusi lembaga pengarah Ismee Ismail menekankan tentang kepentingan tadbir urus korporat.

Suboh: Ini adalah rasa tidak puas hati lembaga pengarah mengenai penyata kewangan diaudit yang tidak diserahkan. Apabila saya nyatakan pandangan saya mengenai lembaga pegarah, tindak tanduk Nik Faisal, ia adalah dalam konteks berbeza.

Harvinderjit berkata walaupun Suboh semalam memberitahu mahkamah ada “gunung” di belakang Nik Faisal, perkhidmatan bekas CEO itu ditamatkan dan diganti dengan Azhar.

Apabila disoal sama beliau beliau berjumpa Azhar berkenaan SRC International tidak mengikut prosedur dalam proses lantikan, Suboh berkata yang beliau tidak ingat.

Semalam, Suboh memberitahu mahkamah yang Nik Faisal “berkuasa” kerana “ada gunung di belakangnya”.

“Tahukah anda, dia diperkasa oleh kedudukannya, kenapa? Pertamanya, dia adalah CEO syarikat, dia seorang yang amat berkuasa kerana ada seseorang di belakangnya.

“Seperti kata peribahasa Cina ‘gunung di belakangnya’. Jadi dia tolak kita (lembaga pengarah) ke tepi.”

Suboh tidak mendedahkan siapakah “gunung” yang dimaksudkan. – 3 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.        

Iklan
Iklan