Rayhar Travels bantah notis pihak ketiga saman 1MDB
Iklan
RAYHAR Travels Sdn Bhd, salah satu daripada 41 syarikat yang tersenarai dalam saman pelucutan hak 1MDB hari ini membantah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membenarkan pewartaan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam kes itu.
Agensi itu yang mengendalikan pakej haji dan umrah memberitahu mahkamah menerusi peguamnya Yunos Shariff bahawa perbicaraan itu merupakan pengakuan salah dilakukan oleh syarikat berkenaan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim berkata, prosedur itu semata-mata membenarkan pihak ketiga hadir dan mengisytiharkan kepentingan mereka dalam kes itu.
Nik Haslinie membuat permohonan di bawah Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 untuk tarikh pewartaan notis bagi pihak ketiga yang berminat dalam perkara itu.
Yunos kemudian memberitahu pesuruhjaya kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh bahawa dia memerlukan lebih banyak masa untuk berunding dengan pengurusan Rayhar Travel yang kini berada di Arab Saudi.
Ahmad Shahrir menetapkan 1 Ogos untuk mendengar permohonan pendakwaan dan menentukan sama ada pengambilan notis pihak ketiga itu dibenarkan.
Rayhar Travels adalah syarikat pertama daripada 41 responden yang membuat bantahan untuk pihak ketiga mengisytiharkan minat mereka dalam saman pelucutan hak.
Sebanyak 41 entiti dan individu dinamakan dalam saman pelucutan hak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lepas untuk menuntut semula dana berjumlah RM270 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Entiti lain termasuk Umno dan parti politik, yayasan serta syarikat lain.
SPRM mengatakan bahawa semua dana yang dikeluarkan kepada 41 penerima datang daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak. – 5 Julai, 2019.
Berita penuh di sini.