Zamri masih belum didakwa, persatuan Hindu minta penjelasan Jabatan Peguam Negara
Iklan
JABATAN Peguam Negara yang dilihat tidak melakukan apa-apa tindakan dalam mengecam pendakwah Islam kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu telah mendatangkan kekecewaan dalam kumpulan penganut agama Hindu.
Persatuan mereka hari ini menyerahkan memorandum kepada Peguam Negara Tommy Thomas mendesak untuk menuduh Zamri kerana membuat kenyataan menghina agama Hindu.
Penasihat Persatuan Agamam Ani Arun Dorasamy berkata, mereka meminta tindakan atau sekurang-kurangnya penjelasan rasmi mengapa Zamri masih belum dituduh.
“Kami sedang mencari penjelasan rasmi atau tindakan segera yang akan diambil. Polis sudah menamatkan siasatan mereka dan telah memberikan cadangan untuk mengenakan hukuman terhadap pendakwah itu,” katanya di luar Jabatan Peguam Negara.
Arun dan 20 wakil persatuan Hindu itu berjumpa dengan pegawai perhubungan awam Jabatan Peguam Negara.
Pegawai itu menerima memorandum atas nama Thomas dan mendengar penjelasan mereka. – 5 Julai, 2019.
MENYUSUL