Kerajaan tak ada pengaruh atas keputusan mahkamah, kata ahli Parlimen Pakatan
Iklan
KERAJAAN tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan mahkamah, kata ahli Parlimen Pakatan Harapan berhubung tindakan hakim yang enggan membenarkan Najib Razak menghadiri sidang Parlimen ketika perbicaraan rasuahnya sedang berlangsung.
Awal minggu ini Najib membuat permohonan untuk menangguhkan perbicaraan SRC International supaya beliau boleh menghadiri sidang Parlimen namun permohonannya ditolak.
Najib membuat penampilan ringkas di Parlimen Khamis lepas kerana tidak ada perbicaraan melibatkannya pada hari berkenaan.
Beliau bimbang jika sekiranya permohonan untuk menangguhkan perbicaraannya ditolak kerana mahu menghadiri perdebatan mengenai umur layak mengundi di Parlimen.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil memberitahu The Malaysian Insight bahawa tidak masuk akal bagi Najib untuk mengatakan gabungan pemerintah tidak mempunyai kelonggaran kerana mereka tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan mahkamah.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata, ia adalah budi bicara hakim untuk memutuskan sama ada hendak memberi kebenaran kepada Najib untuk tidak hadir ke mahkamah untuk pergi ke Parlimen.
Mengulas pengalamannya sendiri, Hanipa yang merupakan seorang peguam berkata, ada sesuatu masa di mana beliau tidak dapat hadir ke Parlimen kerana tidak diberi kebenaran.
“Kami tidak pernah bising,” katanya sambil menambah kerajaan tidak mempunyai pengaruh terhadap keputusan mahkamah.
Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Wong berkata, ia harus jelas bahawa badan kehakiman dan perundangan adalah entiti berlainan, oleh itu Parlimen atau kerajaan tidak boleh mempengarugi keputusan mahkamah.
“PH dan sesiapa pun di sini tidak ada hak untuk memutuskan sama ada perbicaraan Najib perlu diteruskan atau tidak,”. – 5 Julai, 2019.