Iklan

Najib tandatangan memo pemindahan SRC kepada MoF Inc atas bonet kereta

Bede HongTimothy Achariam5 years ago9th Jul 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 82 01
Bekas timbalan ketua setiausaha perbendaharaan Mat Noor Nawi bertemu Najib Razak di Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 8 pagi 3 Februari 2012. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 9 Julai, 2019.
Iklan

NAJIB Razak menandatangani draf memo pemindahan pemilikan SRC International daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Perbadanan Kementerian Kewangan (MoF Inc) di atas bonet kereta di lapangan terbang tentera udara Subang pada 2012, mahkamah diberitahu hari ini.

Bekas timbalan ketua setiausaha perbendaharaan Mat Noor Nawi berkata beliau ditugaskan Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan pemindahan itu. SRC International ketika itu adalah anak syarikat 1MDB.

Mat Noor menyelia 100 syarikat di bawah MoF Inc, berkata beliau dimaklumkan pegawai perhubungan 1MDB Zahid Taib untuk datang ke Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 8 pagi 3 Februari 2012.

“Kereta membawa perdana menteri berhenti di kawasan menunggu lapangan terbang. Saya pergi ke kereta dan menyerahkan draf memo kepadanya di sebelah kereta,” kata Mat Noor.

“Perdana menteri memeriksa kandungan memo ketika berdiri di kereta itu. Selepas meneliti empat muka surat, dia tandatangan draf memo dan buat catatan di muka surat pertama, meletakkan draf itu di atas bonet kereta.”

LANGSUNG: Perbicaraan kes SRC International Najib Razak hari ke-34

Mat Noor menganggap draf memo itu adalah hasil keputusan orang atasan kerana SRC International memintanya menyerahkannya kepada perdana menteri.

Tambahnya, pemindahan itu tidak melibatkan pemindahan wang tunai. – 9 Julai, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan